NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tapak baharu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman sudah siap – Hannah Yeoh



BANGI, 29 REJAB – Tapak baharu untuk Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman sudah siap disediakan oleh kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

Menurut Hannah, pembangunan Masjid Madani dan proses pemindahan kuil terlihat sedang dilaksanakan secara terancang berlandaskan undang-undang serta mengambil kira keharmonian antara agama.

“Bagi memastikan kelangsungan amalan keagamaan semua pihak, kerajaan telah menyediakan tapak baharu bagi pemindahan kuil serta mempercepatkan penyempurnaan semua kelulusan seperti berkaitan seperti berikut.

“Semua kelulusan pelan bangunan telah diberikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pihak kuil (17 September 2025). Tapak kuil baharu telah digazetkan sebagai tapak rumah ibadat bukan Islam (5 Disember 2025) dan kebenaran membina bangunan di atas tanah berkenaan telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (14 Januari 2026),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut berkata, kerajaan juga sedang menyelaras pelaksanaan pemindahan kuil di peringkat operasi melibatkan semua agensi dan pihak berkaitan melalui mesyuarat penyelarasan yang akan diadakan pada 19 Januari depan.

Katanya, ia bagi memperincikan langkah dan penyelarasan pemindahan serta pembinaan.

“Kerajaan akan meneruskan perbincangan secara rapat dan berkala dengan semua pihak khususnya selepas perayaan Thaipusam bagi memastikan pelaksanaan berjalan dengan teratur dan saling menghormati,” tambahnya.

Pada minggu lalu, isu kuil di atas tanah Jakel Trading di ibu negara kembali menarik perhatian ramai apabila syarikat tekstil itu mengemukakan notis pemindahan premis itu dalam tempoh tujuh hari.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo