NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Sabah : DAP ‘Bungkus’, Pengundi Cina Beralih, Ucapan PMX Disorot Sebagai Faktor Utama

Kemerosotan sokongan terhadap DAP dalam PRN Sabah kali ini bukan sekadar kejutan, tetapi datang dengan asas yang nyata. Ramai pengundi Cina dilihat semakin tidak selesa dengan kepimpinan PMX — dan keadaan menjadi lebih buruk apabila Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan kontroversi hanya dua hari sebelum hari mengundi.

Dalam satu majlis makan malam bersama persatuan Cina Sabah, PMX berkata:

“You tak boleh marah saya, cakap ‘lu siau eh’, lepas itu datang minta lagi. Itu bukan caranya.”

Nada tersebut dianggap seolah-olah memberi amaran kepada komuniti Cina, dan kenyataan itu cepat mencetuskan reaksi negatif. Ramai tertanya-tanya: atas kapasiti apa seorang Perdana Menteri menyindir komuniti yang telah lama menjadi penyokong blok reformis?

Tidak hairanlah apabila keputusan rasmi menunjukkan DAP bukan sahaja kalah, bahkan hilang semua kerusi yang pernah menjadi kubu kuat mereka. Kerusi yang sebelum ini dimenangi dengan majoriti besar kini beralih tangan dengan majoriti besar juga — seolah-olah berlaku ‘swing’ yang sangat ketara.

Berikut antara kerusi yang memperlihatkan perubahan dramatik:

N19 Likas

  • 2020: DAP menang majoriti 7,517
  • 2025: Kalah kepada Warisan dengan majoriti 2,425

N21 Luyang

  • 2020: DAP menang majoriti 14,521
  • 2025: Kalah dengan majoriti 6,699

N22 Tanjung Aru

  • 2025: Kalah majoriti 3,588

N25 Kapayan

  • 2020: Majoriti 13,163
  • 2025: Kalah dengan majoriti 9,256

N55 Elopura

  • 2020: Majoriti 7,683
  • 2025: Kalah dengan majoriti 3,375

N56 Tanjong Papat

  • 2020: Majoriti 3,743
  • 2025: Kalah dengan majoriti 727

N69 Sri Tanjong

  • 2020: Majoriti 8,880
  • 2025: Kalah dengan majoriti 3,113

Kesan "pengunduran besar-besaran" undi Cina ini tidak terhenti kepada DAP sahaja. PKR, Amanah, malah BN sebagai sekutu dalam Kerajaan Perpaduan turut menerima tempiasnya. Dua Ahli Parlimen DAP dan seorang timbalan menteri yang turun bertanding di DUN turut tumbang.

Kesimpulannya, PRN Sabah menjadi satu isyarat jelas: penolakan undi Cina terhadap kepimpinan PMX telah menghasilkan gelombang besar yang meruntuhkan kubu DAP di Sabah.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo