NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi, Nik Nazmi umum sertai Parti Bersama, bakal kosongkan kerusi Parlimen

PETALING JAYA – Bekas menteri, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengumumkan langkah mengambil alih Parti Bersama Malaysia sebagai platform politik baharu mereka.

Pengumuman itu dibuat dalam satu majlis khas di Petaling Jaya yang turut dihadiri beberapa Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Antara yang hadir ialah Bakhtiar Wan Chik, Wong Chen, Rodziah Ismail, Kesavan Subramaniam dan Zahir Hassan.

Parti Bersama Malaysia atau Malaysian United Party dilaporkan telah didaftarkan sejak tahun 2016 di Pulau Pinang.

Dalam ucapannya, Rafizi memaklumkan beliau bersama Nik Nazmi akan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing pada Isnin depan sebelum menyerahkan surat peletakan jawatan daripada PKR pada Selasa bagi membolehkan mereka menyertai Bersama secara rasmi.

Beliau turut mengumumkan bahawa pendaftaran keahlian parti itu kini dibuka menerusi laman web rasmi mereka.

Difahamkan, parti berkenaan juga bercadang menggunakan imej kancil atau pelanduk sebagai logo baharu menggantikan logo lama parti itu.

Perkembangan itu dijangka memberi kesan besar kepada landskap politik semasa, khususnya kedudukan PKR dan kerajaan perpaduan.

Persoalan turut timbul mengenai sejauh mana tindakan tegas akan diambil kerajaan terhadap langkah politik ini, berbanding pendekatan keras yang sering dilihat apabila melibatkan pihak yang lantang mempertahankan isu agama dan kepentingan umat Islam.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo