KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Saleh ditempelak berhubung kenyataannya yang mendakwa kemungkinan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri Sabah walaupun hanya memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa dengan nada sinis menegur kenyataan Fuziah itu mencerminkan PKR lebih mementingkan populariti daripada memenangi hati rakyat.
“Umum dulu, bincang kemudian. Lebih suka menang di depan kamera daripada menang di hati rakyat,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Pada malam 29 November lalu, Fuziah terlebih dahulu mengadakan sidang media mendakwa PH dan sekutunya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memiliki cukup kerusi untuk membentuk kerajaan negeri meskipun hanya meraih satu kerusi DUN.
Kenyataan itu turut mengundang reaksi Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang menegaskan, isu kerajaan negeri Sabah tidak boleh diumumkan secara individu tanpa konsensus kepimpinan gabungan dan perbincangan rasmi bersama pimpinan negeri.
Dalam wawancara bersama saluran YouTube berbahasa Cina, The Keywords, Loke berkata, DAP langsung tidak dimaklumkan mengenai perbentukan kerajaan negeri tersebut, dan menyifatkan tindakan itu sebagai langkah yang salah.
Beberapa jam selepas itu, Fuziah mempertahankan tindakannya mengumumkan PH bersama sekutunya GRS memiliki jumlah cukup kerusi untuk membentuk Kerajaan Negeri Sabah pada malam 29 November lalu.
Malah Fuziah menegaskan PH konsisten menyokong kepimpinan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, dan pendirian itu tidak berubah meskipun selepas keputusan pilihan raya negeri. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment