NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jafry Ariffin dilantik pengerusi baharu UMNO Sabah



KUALA LUMPUR – UMNO mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Jafry Ariffin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yang baharu, menggantikan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia, baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, pelantikan tersebut dibuat oleh Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaras dengan Fasal 12.5 Perlembagaan UMNO bertujuan memperkukuh hala tuju parti di negeri itu.

“Pelantikan ini bertujuan memastikan kesinambungan pentadbiran, memperkukuh penyelarasan parti serta mengkoordinasikan gerak kerja UMNO di Sabah secara lebih tersusun dan berkesan,” jelas Asyraf Wajdi dalam satu kenyataan hari ini.

Jafry akan dibantu Datuk Mohd Hasnol Ayub sebagai timbalan pengerusi dan Samasuddin Yusop sebagai setiausaha agung.

Jafry yang sebelum ini memegang jawatan Setiausaha UMNO Sabah memenangi kerusi DUN Sukau dengan majoriti 1,234 undi.

Awal Disember lalu, Jafry mengangkat sumpah jawatan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar selepas perbentukan Kerajaan Negeri Sabah yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Noor, selaku ketua menteri.

UMNO turut menyeru seluruh kepimpinan dan ahli parti supaya memberikan sokongan penuh kepada barisan kepimpinan baharu itu bagi memastikan parti terus relevan dan berupaya berkhidmat kepada rakyat.

Pelantikan Jafry juga dijangka membuka ruang kepada penyusunan semula strategi parti, khususnya di peringkat akar umbi, memandangkan Sabah kekal sebagai negeri penting dalam percaturan politik nasional.

Langkah itu turut dilihat selari dengan usaha memantapkan kembali kekuatan UMNO Sabah selepas melalui beberapa cabaran politik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo