NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MCA perlu ubah diri sebelum persoal Pas – Annuar Musa



KUALA LUMPUR – Pendirian MCA yang enggan menyertai Perikatan Nasional (PN) selagi Pas tidak mengubah pendekatannya menunjukkan parti itu masih gagal memahami rakan politiknya sendiri.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, kenyataan MCA tersebut mencerminkan parti pimpinan Datuk Seri Wee Ka Siong itu masih belum berjaya menyesuaikan diri walaupun puluhan tahun berada dalam gabungan yang sama dengan UMNO dan BN.

“MCA tak sertai PN kecuali Pas berubah? Nampaknya MCA memerlukan masa lebih lama setelah puluhan tahun gagal memahami UMNO dan Barisan Nasional, yang mereka sertai.

“Mereka gagal mengubah UMNO? Atau sebenarnya MCA sendiri yang belum berkeupayaan mengubah diri mereka sendiri,” katanya.

Menurut Annuar, masalah sebenar MCA bukan berpunca daripada masyarakat Cina, tetapi ketidakupayaan mereka menangani isu dalaman parti sendiri.

“Masalah MCA bukan masaalah masyarakat Cina, tetapi masaalah mereka sendiri. Mungkin setelah MCA berjaya membebaskan diri mereka dari UMNO, MCA akan belajar pula mengenali Pas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ka Siong yang mendakwa MCA tidak boleh menyertai PN kerana masyarakat Cina sukar menerima ideologi Pas, selain menyifatkan sesetengah kenyataan pemimpin parti itu sebagai konservatif dan menyinggung sensitiviti agama lain.

Annuar menegaskan, Pas tidak perlu mengubah dasar perjuangannya kerana ia berasaskan ajaran Islam, meskipun pendekatannya sentiasa disesuaikan mengikut keperluan semasa.

“Pas tidak perlu mengubah dasar, kerana Islam bukan ciptaan Pas. Tetapi pendekatan Pas sentiasa dinamik kerana situasi sentiasa berubah, asal tidak lari dari apa yang diperintahkan pada manusia oleh penciptanya,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mengajak MCA untuk duduk semeja dan berdialog lebih kerap agar parti tersebut lebih memahami orientasi perjuangan Pas.

Annuar menegaskan, penerimaan pengundi Sabah terhadap Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini membuktikan parti itu bukan sukar difahami seperti yang didakwa MCA.

“Saya yakin lebih mudah memahami Pas berbanding sukarnya MCA memahami UMNO. Jika rakyat Sabah sudah mula memahami Pas dan menerimanya, tentulah tidak sukar untuk MCA turut mengenali Pas,” katanya lagi. – MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo