KUANTAN – Perikatan Nasional (PN) sebulat suara memutuskan tidak meletakkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag tidak lama nanti.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu diputuskan ketika mesyuarat Perikatan Nasional (PN) yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.
“Semalam, saya hadir mesyurat PN, Kita membuat keputusan tidak akan meletakkan calon di Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamak pada piliha raya kali ini.
“Kita (PN) buat keputusan tidak meletakkan calon, walau bagaimanapun jentera kita akan monitor calon-calon yang bertanding.
“Terima kasih di atas pencapaian dan sokongan rakyat Sabah pada kemenangan di kerusi DUN Karambunai baru-baru ini,” katanya lagi.
Pengerusi PN Pahang itu berkata demikian ketika sidang media semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag Selasa ini.
Ia selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah yang memperuntukkan bahawa kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P187 Kinabatangan dan Dewan Undangan N58 Lamag, Sabah, hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan dipastikan SPR.
PRK tersebut dibuat berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment