- Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata ketegasan itu penting bagi memastikan integriti, disiplin dan nilai yang menjadi tonggak penubuhan MARA sentiasa terpelihara.
- “Pengurusan MARA tahu pendirian tegas saya, jika ada pegawai mahupun staf MARA atau di mana-mana Institusi Pendidikan MARA terlibat dengan aktiviti songsang, tindakan keras sehingga dibuang kerja wajib diambil,” katanya.
KUALA LUMPUR – Tiada ruang toleransi terhadap mana-mana pegawai atau kakitangan Majlis Amanah Rakyat (MARA), yang terlibat dalam apa-apa bentuk aktiviti songsang.
Demikian menurut Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berhubung isu aktiviti hubungan songsang yang dilaporkan baru-baru ini.
Beliau berkata ketegasan itu penting bagi memastikan integriti, disiplin dan nilai yang menjadi tonggak penubuhan MARA sentiasa terpelihara.
“Pengurusan MARA tahu pendirian tegas saya, jika ada pegawai mahupun staf MARA atau di mana-mana Institusi Pendidikan MARA terlibat dengan aktiviti songsang, tindakan keras sehingga dibuang kerja wajib diambil,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, media melaporkan seramai 17 penjawat awam antara 208 individu ditahan dalam serbuan itu yang turut melibatkan rampasan kondom dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk tujuan tidak bermoral.
Kegiatan tersebut terbongkar dalam serbuan yang dijalankan oleh Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), hasil risikan selama dua minggu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana hubungan seks bertentangan dengan aturan tabii, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. – The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment