NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bukan rombakan Kabinet, hanya isi tempat kosong – PM



BANGI, 10 JAMADILAKHIR – Perdana Menteri memberi bayangan bahawa tiada rombakan besar Kabinet akan dilakukan, sebaliknya hanya kekosongan sedia ada akan diisi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana Kabinet hanya mempunyai sekitar setahun setengah atau sedikit lebih untuk berkhidmat.

“Jadi saya tidak fikir rombakan besar boleh dibuat. Namun, saya masih mempertimbangkan langkah yang perlu diambil, tetapi mengisi kekosongan tersebut adalah sesuatu yang perlu,” katanya selepas melancarkan kenderaan elektrik bateri pertama Perodua, QV-E di Menara MITI, Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa rombakan Kabinet akan dilakukan berikutan empat kekosongan jawatan menteri akan wujud tidak lama lagi.

Tempoh Senator Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, akan tamat esok (Selasa 2 Disember), sekali gus menamatkan tempohnya sebagai menteri.

Kekosongan lain membabitkan Kementerian  Ekonomi, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang kalah dalam pemilihan PKR, meletakkan jawatan masing-masing sebagai Menteri Ekonomi serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam pada Mei lalu.

Sementara itu, Datuk Ewon Benedick, meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi awal bulan ini, berhubung keputusan kerajaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengesahkan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang diperoleh dari negeri itu.


Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo