Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pengundi Sabah menunjukkan kecenderungan terhadap parti yang lebih pragmatik dan berasaskan isu, bukan semata-mata parti “tempatan” atau “pusat”. Dalam konteks itu, KDM cuba memposisikan diri sebagai jambatan antara kumpulan bumiputera dan bukan bumiputera – satu ruang yang selama ini dikuasai Warisan dan sedikit sebanyak oleh GRS.
Namun, cabaran sebenar bagi KDM ialah mengekalkan momentum dan kepercayaan pengundi bandar yang semakin skeptikal terhadap parti baharu. Kehadiran Frankie mungkin membantu membuka pintu kepada undi Tionghua di Sandakan dan sekitarnya, tetapi kemenangan tidak bergantung kepada populariti individu semata-mata.
GRS pula dijangka mempertahankan kekuatan di kawasan luar bandar, manakala Warisan masih mempunyai pengaruh tersendiri di pantai timur. Dalam keadaan politik Sabah yang sangat cair, sebarang peralihan kecil boleh membawa kesan besar kepada pembentukan kerajaan negeri pasca PRN17.
Bagi KDM, PRN kali ini adalah ujian sebenar – sama ada ia mampu menonjol sebagai kuasa ketiga yang berprinsip atau sekadar menjadi pelengkap kepada percaturan politik Sabah yang tidak pernah sunyi daripada kejutan.

No comments
Post a Comment