Beliau berkata, angka itu menunjukkan hampir separuh kementerian masih gagal menampilkan prestasi yang memberangsangkan walaupun peruntukan besar telah disalurkan.
“Daripada jumlah peruntukan (dipinda) sebanyak RM85.87 bilion yang melibatkan 9,524 projek, sebanyak RM64.03 bilion telah dibelanjakan, menjadikan purata nasional sebanyak 74.56 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Shamsul Azri, prestasi kementerian yang masih rendah perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan keberkesanan pelaksanaan dasar serta manfaat langsung kepada rakyat.
Beliau turut menegaskan keperluan pemantauan lebih ketat terhadap pelaksanaan projek agar peruntukan tidak hanya habis dibelanjakan di atas kertas tetapi benar-benar diterjemahkan dalam bentuk hasil fizikal dan impak kepada ekonomi.
“Kecekapan dan akauntabiliti perlu menjadi budaya kerja, bukan sekadar slogan tahunan,” katanya lagi.
Penganalisis sebelum ini turut menegur prestasi perbelanjaan pembangunan kerajaan yang sering tertumpu pada hujung tahun, menyebabkan banyak projek tergesa-gesa dilaksanakan tanpa perancangan rapi.

No comments
Post a Comment