NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sektor pendidikan tinggi negara dalam krisis – Haim Hilman



ALOR SETAR – Sistem pendidikan tinggi negara disifatkan berada dalam keadaan krisis susulan pelbagai isu yang sedang berlaku dalam sektor itu ketika ini.

Sebagai contoh, perwakilan Pas Kedah, Dr. Haim Hilman mendakwa, kira-kira 1.9 juta graduan tempatan dari pelbagai kaum ketika ini tidak mendapat pekerjaan setimpal dengan kelulusan pendidikan mereka.

Isu ini, katanya, disebabkan kegagalan kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melihat keperluan industri dalam melahirkan graduan dari universiti tempatan.

Selain itu, dakwa beliau, kerajaan hari ini juga membuka peluang seluasnya kepada graduan dari China dan Bangladesh yang diberikan Graduate Pass bagi membolehkan mereka bekerja di negara ini, sekali gus disifatkan telah mengambil peluang pekerjaan dari anak tempatan.

Dalam masa sama, Haim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah turut mendakwa 21 peratus atau 39,000 tempat di lima buah universiti awam (IPTA) yang sepatutnya diisi pelajar tempatan, tetapi diberikan kepada pelajar asing.

“Sepatutnya anak-anak kita diutamakan untuk mengikuti program berkualiti bagi membolehkan mereka membawa keluarga keluar daripada kemiskinan.

“Tetapi nampaknya ia tidak menjadi satu realiti kerana menteri tidak memberi perhatian dan inilah yang dipanggil krisis pendidikan tinggi pada hari ini,” katanya pada sesi perbahasan sempena Muktamar Pas Pusat ke-71 di Markas Pas Kedah, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut menarik perhatian berkenaan isu seorang pelajar cemerlang kaum Cina yang gagal mengikuti pengajian akauntan di Universiti Malaya (UM) menerusi kemasukan UPU Online baru-baru ini.

Dakwa beliau, situasi itu menunjukkan kerajaan hari ini gagal mempersiapkan anak-anak bangsa sendiri sama ada kaum Melayu, Cina atau India untuk mengikuti program pengajian terbaik di IPTA kerana tempat yang terhad menerusi pengambilan UPU Online.

“Sepatutnya pendidikan menjadi penyelesaian kepada isu-isu umat, menjadi penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi hari ini.

“Tetapi hari ini pendidikan menjadi krisis kepada kita,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan berkenaan dasar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ditukar kepada biasiswa dalam kalangan pelajar yang bergraduan dengan kelas pertama yang kini dimansuhkan.

“Ini menunjukkan kerajaan hari ini tidak peduli kepada rakyat. Kita harus tolak mereka pada pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya. – MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo