NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya tak layak, biarlah orang kuat bawah 70 tahun jadi PM – Hadi



ALOR SETAR – Pas memberi bayangan, calon Perdana Menteri yang bakal dinamakan dalam kalangan pemimpin Perikatan Nasional (PN) mestilah mempunyai tubuh badan yang sihat dan berusia di bawah 70 tahun.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengakui beliau tidak layak menggalas tugas penting itu, apatah lagi usianya kini mencecah 78 tahun.

“Pas sendiri ada memilih pemimpin, al-Quran kata, pilih pemimpin berilmu, berintegriti dan sihat tubuh badan. Saya umur 78, yang bawah 70 itu gagah dan kuat lagi.

“Orang macam saya tak layak dah, paling sihat dulu, yang bawah 70 jadi Perdana Menteri, biarlah orang yang kuat,” katanya pada sidang media pada Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-71 di Kompleks Pas Kedah, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu yang berakhir pada 7 September lalu meluluskan usul menamakan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke-11.

Bagaimanapun Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden pula berpendapat, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man serta dua naib presiden antara pemimpin yang layak diangkat sebagai Perdana Menteri.

Afnan berkata, kemampuan ketiga-tiga pemimpin parti Islam itu tidak boleh disangkal lagi kerana mempunyai pengalaman mentadbir negara dan negeri sebelum ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, calon Perdana Menteri itu perlu memimpin secara kolektif kerana PN memerlukan anggota kabinet yang melibatkan semua kalangan rakyat, bukan sahaja ahli politik semata-mata.

“Dalam kabinet itu, kita sudah atur dan perlu mengambil kira semua kaum yang ada di sini, akan turut serta dalam Kabinet termasuk golongan teknokrat jika perlu untuk merakyatkan pemerintah,” katanya.

Ditanya tentang kesediaan Pas untuk memimpin Malaysia, Abdul Hadi berkata, PN perlu menang pilihan raya dahulu dan mendapat sokongan rakyat sebelum menerajui negara.

“Masalah siapa memimpin, itu akan dipilih secara dalaman PN,” katanya.

Menurut Abdul Hadi, meskipun Pas tidak menamakan calon ketika ini, namun beliau percaya mandat dan tanggungjawab pemimpin itu satu amanah daripada Allah SWT.

“Kalau tunai kewajipan dengan baik dapat pahala, kalau tak tunai, masuk neraka. Sebab itu ramai orang takut jadi pemimpin, terpaksalah kita tentukan siapa yang layak jadi pemimpin (PM),” katanya lagi. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo