Anggota polis berpangkat koperal yang bertugas di IPD Petaling Jaya itu berkata, beliau melaksanakan tugas itu atas arahan dua pegawai penyiasat iaitu Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin dan ASP Hafizee Ismail.
Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Iman Ahmad Sapian, Hirman, 45, berkata beliau juga menerima arahan daripada pasukan forensik.
Hirwan berkata pada 7 Dis 2023 Nina mengarahkan beliau untuk merakamkan gambar jenazah Zayn Rayyan ketika dan selepas proses bedah siasat di Hospital Sungai Buloh.
“Saya merakam 142 gambar,” katanya yang menambah kes itu pada mulanya disiasat sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Keesokan harinya, beliau bersama pasukan forensik pergi ke sebuah apartmen di PJU Damansara Damai yang dikatakan sebagai lokasi jenayah, untuk merakam gambar premis itu.
Hirwan yang menyertai pasukan polis pada 2000 berkata, beliau juga diarahkan untuk merakam gambar sebuah pondok berhampiran apartment itu pada 12 Dis tahun yang sama.
“Saya juga diarahkan untuk merakam gambar tiga motosikal yang diletakkan di situ,” katanya.
Ketika disoal balas oleh peguam Haresh Mahadevan, Hirwan berkata semua gambar itu dirakam atas arahan ketat pegawai penyiasat dan pasukan forensik.
Pada 13 Jun 2024, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang berusia 30 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan, 6, dengan cara yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di PJU Damansara Damai antara tengah hari 5 Dis hingga 9.55 malam 6 Dis 2023.
Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang boleh didenda maksimum RM50,000, penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Zayn Rayyan dilaporkan hilang pada 5 Dis 2023 dan mayatnya ditemui di sungai dekat rumahnya di Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, keesokannya.
Dia dipercayai dibunuh, selepas bedah siasat mendedahkan kecederaan di leher dan badannya konsisten dengan luka mempertahankan diri.
Perbicaraan di hadapan Hakim Syahliza Warnoh bersambung esok.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment