Kadar itu lebih rendah berbanding cadangan awal sebanyak 12% yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.
Presiden Soh Thian Lai berkata pihaknya sebelum ini bekerjasama dengan KWSP untuk menyuarakan kebimbangan mengenai cadangan awal itu, memetik beban kos terkumpul ke atas majikan, termasuk caruman berkanun yang lebih tinggi, perbelanjaan operasi yang meningkat dan kos berkaitan buruh yang semakin bertambah.
“FMM mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk mengurangkan kadar caruman KWSP kepada 2% untuk pekerja asing, berbanding kadar yang dicadangkan sebelum ini yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober 2024, yang termasuk kenaikan tahunan selama enam tahun,” menurut kenyataan.
Beliau berkata FMM kekal komited untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan dasar yang mempengaruhi sektor pembuatan mencapai keseimbangan antara pertumbuhan perniagaan dan amalan buruh yang adil.
“Kami berharap dapat meneruskan libat urus dengan kementerian-kementerian berkaitan bagi menangani sebarang kebimbangan dan memastikan pelaksanaan yang lancar terhadap struktur caruman KWSP baharu,” katanya.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berkata cadangan berkenaan akan dibincangkan di mesyuarat Jemaah Menteri minggu ini, dan Kementerian Sumber Manusia akan mengumumkan butiran terperinci.
Semasa pembentangan Belanjawan 2025, Anwar mengumumkan cadangan untuk mewajibkan semua pekerja bukan warganegara mencarum kepada KWSP dan akan memberikan layanan yang adil kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment