NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bintang Korea juga bakal sambut Ramadan

Di sebalik populariti dan glamornya dunia K-Pop di Korea Selatan, rupa-rupanya ramai yang belum tahu bahawa sebenarnya, ada dalam kalangan artis di sana yang beragama Islam.

Bukan apa, maklum sahajalah, di sebalik kemilau dunia seni yang majoritinya didominasi oleh warga Korea itu sendiri, siapa sangka, ada kalangan artis mereka yang sebenarnya Muslim namun tidak diberitakan secara meluas.

Bagaimanapun, dari satu sudut, ia menunjukkan bahawa dunia seni K-Pop itu meraikan keberagaman dalam budaya mahupun pegangan agama antara kalangan selebriti dan artis mereka sendiri.

Memandangkan kita bakal menjengah ke bulan Ramadan, apa kata Pancaindera kongsikan lima artis Korea yang turut meraikan bulan yang mulia ini bersama. Nak tahu siapa mereka, jom semak di bawah.

Manny (Varsity)

Manny atau nama sebenarnya, Xiao Dongcheng dari kumpulan Varsity merupakan antara bintang K-Pop yang beragama Islam. Jejaka kelahiran China ini sebenarnya berketurunan Uighur dari negara terbabit.

Sebagai muslim, Manny kerap kali juga berkongsi momen ibadahnya di media sosial dan sebagai muslim, sudah tentulah Manny pun bakal menjalani ibadah puasa sebagaimana semua umat Islam yang lain.

Bagi yang mahu tahu, Varsity mula debut pada Januari tahun 2017 dengan single bertajuk UR My Only One. Kumpulan ini mencuri perhatian ramai karena kesemua anggotanya memiliki latar belakang yang beragam.

Bagaimanapun, kumpulan ini terpaksa berpecah sekitar 2019 atas beberapa alasan tertentu.

Zayyan (Xodiac)

Zayyan atau nama lengkapnya, Muhammad Rifki Fahri Zayyan merupakan idol K-pop yang berasal dari Indonesia.

Zayyan berada di bawah agensi One Cool Jasco dan mula debut bersama kumpulan Xodiac pada 25 April 2023 dengan single berjudul Throw A Dice.

Sebelum menjadi bintang K-pop, Zayyan mengikuti sesi uji bakat nyanyian dalam sebuah program televisyen di Indonesia iaitu Rising Star pada tahun 2018 dan Indonesian Idol (2019).

Ayana Moon

Wanita bernama Ayana Moon ini merupakan salah seorang daripada selebriti Korea yang beragama Islam. Ayana atau nama sebenarnya, Ayana Jihye Moon ini mula bergelar mualaf dan mengenakan hijab sejak tahun 2012.

Perjalanannya menjadi seorang muslim juga ditulis dalam bukunya yang berjudul Ayana: Journey to Islam. Pada awalnya keluarga wanita ini menentang keputusannya untuk menjadi seorang mualaf.

Namun, karena keyakinan yang kuat tentang agama Islam, wanita kelahiran tahun 1995 ini teguh dengan pendiriannya.Bagaimanapun, seiring berjalannya waktu, keluarga Ayana mulai menerima keputusannya. Bahkan jejaknya menjadi seorang mualaf diikuti adiknya sendiri.

Lee Ki Woo

Aktor drama 18 Again, Lee Ki Woo difahamkan telah memeluk agama Islam setelah membuat satu kenyataan di dalam sebuah sesi temu bual dengan pihak media sebelum ini bahawa dia telah berhenti minum alkohol.

Disebabkan itu, ramai beranggapan Lee Ki Woo kini merupakan seorang muslim meskipun dia tidak mengesahkannya secara umum.

Lee Ki Woo merupakan seorang artis dari Korea yang tidak hanya terkenal di negara itu, tetapi juga di seluruh negara Asia menerusi kerjaya lakonannya.

Dalam sebuah wawancara di Korea, Lee Ki Woo ada menyebut secara tersirat bahawa dia merupakan seorang muslim tetapi menganggap bahawa perihal agama dan kepercayaan adalah sesuatu yang sangat peribadi untuk diulas.

Choi Jin Hyuk

Aktor yang membintangi drama The Heirs bersama Lee Min Ho ini khabarnya telah memeluk agama Islam sejak beberapa tahun lalu.

Perkara ini bermula ketika Choi Jin Hyuk mengatakan dirinya sudah berhenti minum alkohol, sama seperti kisah pelakon Lee Ki Woo.
Namun begitu, untuk kenyataan rasmi mengenai perkara itu, tidak pernah dinyatakan oleh pelakon ini.

Baginya, isu agama adalah sangat sensitif dan terlalu peribadi untuk dicanangkan. Bagaimanapun, terdapat desas desus mengatakan Choi cenderung mengamalkan cara hidup hariannya seperti seorang Muslim.

Sumber asal : Utusan 
( Hide )
  1. Ini adalah testimoni saya tentang bagaimana saya akhirnya menyertai orde baru dunia, Illuminati selepas saya cuba untuk menyertai selama lebih 2 tahun sekarang tetapi penipu mengambil wang daripada saya beberapa kali. Saya telah mencari untuk menyertai Illuminati sekian lama, tetapi penipu terus mengambil wang saya sehingga awal tahun ini apabila saya bertemu dengan Lord Felix Morgan dalam talian, saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar untuk ahli besar untuk membantu saya bermula dan saya telah dimulakan ke dalam World Order dan saya menerima sejumlah $4,000,000 dolar AS selepas permulaan saya dilakukan. Saya sangat gembira! Dan berjanji untuk menyebarkan kerja baik Lord Felix Morgan. Jika anda berminat untuk menyertai Illuminati perintah dunia baharu hari ini, hubungi Lord Felix Morgan hari ini dia adalah peluang terbaik anda untuk mendapatkan keahlian kepada illuminati yang anda selalu inginkan. Hubungi Lord Felix Morgan E-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com atau WhatsApp +2348055459757

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo