NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zidane tidak berminat bimbing Amerika Syarikat

PARIS – Bekas pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane membuat keputusan menolak tawaran untuk mengendalikan skuad kebangsaan Amerika Syarikat (AS) bagi menggantikan Gregg Berhalter yang sudah pun tamat kontrak hujung tahun lalu.

Menerusi laporan L’Equipe, Zidane dikatakan tidak berminat untuk mengendalikan pasukan kebangsaan selain daripada Pe­rancis, namun Les Bleus sudah pun mencapai kata sepakat untuk melanjutkan kontrak Didier Deschamps selama empat tahun lagi.

Menurut laporan sama, Zidane yang memenangi pelbagai piala bersama Real Madrid turut menerima tawaran untuk me­latih pasukan kebangsaan Brazil dan Portugal, namun kekal dengan pendirian dan menolaknya.

Bagaimanapun, Berhalter dalam satu temu bual mengakui masih berminat untuk meneruskan khidmatnya bersama The Stars and Stripes kerana yakin dengan potensi dimiliki pemain.

“Kumpulan pemain yang dimiliki pasukan ini memiliki potensi besar dan sudah pasti ia akan menjadi cabaran hebat untuk bersaing di Piala Dunia 2026,” katanya.

Sejak minggu lalu, bola sepak negara itu sedang dihimpit kontroversi berhubung isu keganasan rumah tangga membabitkan Berhalter yang turut mengakui melakukan perbuatan berkenaan dan menyebabkan Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat sedang giat melakukan siasatan.

Pada kempen Piala Dunia di Qatar sebelum ini, Amerika Syarikat mara ke pusingan 16 terbaik sebelum perjalanan mereka terkandas apabila tewas 3-1 kepada Belanda. – AGENSI

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo