NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label BOLA SEPAK. Show all posts
Showing posts with label BOLA SEPAK. Show all posts

Ronaldo turut berpuasa, mahu selami perasaan umat Islam



[DIKEMAS KINI] BEKAS pemain Al Nassr mendedahkan satu sisi luar biasa mengenai kapten pasukan itu, Cristiano Ronaldo, sepanjang beraksi di Arab Saudi yang nyata menonjolkan sifat ingin tahu serta penghormatan tingginya terhadap budaya tempatan.

Bercakap menerusi program audio siar Thmanyah Sports, Shaye Sharahili berkongsi bahawa bintang bola sepak Portugal itu memilih untuk turut berpuasa pada bulan Ramadan tahun lalu, meskipun beliau bukan seorang Muslim.

“Pada tahun lepas, Cristiano Ronaldo cuba berpuasa bersama pemain-pemain Muslim Al Nassr yang lain ketika bulan Ramadan.

“Dia berpuasa selama dua hari untuk merasai sendiri pengalaman dan apa yang dilalui oleh umat Islam ketika berpuasa,” kata Sharahili.

Kisah menarik itu dikongsikan susulan umat Islam di seluruh dunia yang baru sahaja menyambut ketibaan Ramadan.

Audio siar tersebut membincangkan perdebatan mengenai bagaimana ibadah puasa memberi kesan kepada prestasi serta rutin harian seseorang pemain di atas padang.

Bagaimanapun, situasi di Arab Saudi berbeza dan perkara tersebut bukan satu masalah. Majoriti pemain di sana berpuasa, malah pihak liga turut mengubah suai jadual latihan serta waktu sepak mula perlawanan bagi memudahkan urusan pemain.

Keputusan Ronaldo untuk turut serta berpuasa walaupun hanya untuk tempoh singkat disifatkan oleh rakan sepasukan sebagai satu tanda hormat dan keterbukaan yang tinggi.


Sumber | Sinar Harian






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Neymar beri bayangan bersara selepas Piala Dunia



LONDON – Bekas kapten Brazil, Neymar tetap menyimpan harapan beraksi di Piala Dunia 2026 sebelum mempertimbangkan untuk menamatkan karier pada hujung tahun ini susulan dibelenggu kecederaan berpanjangan.

Neymar melanjutkan kontrak bersama Santos sehingga hujung tahun biarpun dia bergelut dengan prestasi tidak menentu pada musim pertama.

Malah, dia juga terlepas aksi awal musim Liga Brazil pada Januari lalu selepas menjalani pembedahan lutut pada hujung Disember.

“Saya tidak tahu apa akan berlaku selepas ini dan tidak pasti tentang tahun depan.

“Mungkin apabila Disember tiba, saya mahu bersara dan ketika ini hanya menjalani kehidupan setiap tahun,” katanya kepada saluran dalam talian Brazil, Caze.

Bekas penyerang Barcelona dan Paris Saint-Germain itu kembali menyertai kelab zaman kanak-kanaknya, Santos pada Januari 2025 dari kelab Arab Saudi, Al-Hilal.
Dia membuat kemunculan semula sebagai pemain gantian babak kedua dalam aksi Kejuaraan Sao Paulo pada 16 Februari selepas 11 hari selepas ulang tahun kelahirannya yang ke-34.

Pengendali Brazil, Carlo Ancelotti, tidak memanggil Neymar sejak mengambil alih pasukan pada Mei lalu. – Agensi


Sumber | Malaysiagazzette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

FIFA Kekalkan Hukuman: FAM Berdepan Siasatan Menyeluruh Isu Pemain Warisan

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus menerima tekanan antarabangsa selepas FIFA mengekalkan hukuman terhadap badan induk itu serta tujuh pemain warisan yang didapati menggunakan dokumen kelahiran palsu dalam proses pendaftaran sebagai pemain layak mewakili Malaysia.

Dalam keputusan rasmi yang dikeluarkan minggu ini, Jawatankuasa Rayuan FIFA menolak sepenuhnya rayuan FAM dan mengekalkan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) kepada FAM selain penggantungan 12 bulan serta denda CHF2,000 kepada setiap daripada tujuh pemain terlibat.

Tujuh pemain terbabit — Gabriel Arrocha, Facundo GarcĆ©s, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, JoĆ£o Figueiredo, Jon Irazabal dan HĆ©ctor Hevel — didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA selepas siasatan mendapati sijil kelahiran nenek moyang mereka telah diubah bagi mewujudkan pertalian keturunan palsu dengan Malaysia.

Dalam dokumen alasan penuh setebal lebih 60 muka surat, FIFA mendedahkan bahawa seorang pegawai pentadbiran FAM mengakui terlibat dalam penghasilan dokumen berkenaan, sementara dua ejen luar turut dinamakan dalam siasatan. Tindakan itu mendorong FIFA mengarahkan siasatan baharu yang lebih mendalam terhadap operasi dalaman FAM.

Siasatan tersebut akan menilai tahap pematuhan FAM, mengenal pasti individu sebenar yang bertanggungjawab serta menilai kemungkinan wujud salah laku yang boleh membawa kepada tindakan disiplin tambahan. FIFA turut memberi amaran bahawa kes ini berpotensi menjadi siasatan jenayah antarabangsa dengan kerjasama pihak berkuasa dari lima negara termasuk Malaysia, Argentina dan Brazil.

FAM dalam satu kenyataan rasmi memaklumkan pihaknya akan membawa kes ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dan menegaskan komitmen untuk mempertahankan hak pemain yang didaftarkan sebagai warisan. FAM turut menjalankan siasatan dalaman serta penambahbaikan prosedur pengurusan dokumen.

Kes kontroversi pemain warisan ini mencetuskan persoalan serius mengenai integriti pentadbiran bola sepak negara, sementara peminat tempatan menuntut ketelusan penuh dalam usaha memulihkan reputasi Harimau Malaya di pentas antarabangsa.


JDT harungi musim depan, dengan kurangkan perbelanjaan sehingga 40 peratus

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT). - BERNAMA
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT). - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Juara 'double quadruple', Johor Darul Ta'zim (JDT) mungkin terpaksa berjimat apabila mengurangkan perbelanjaan 30 hingga 40 peratus selepas kehadiran penyokong ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) berada pada tahap kurang memuaskan.

Pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui SSI dengan kapasiti 40,000 tempat duduk itu jarang dipenuhkan sekalipun harga tiket tempat duduk terbuka hanya RM10 ketika skuad Harimau Selatan sudahpun mencipta pelbagai kejayaan dan pencapaian hebat.

"Underdog tahun depan. Akan ada ramai lagi yang akan keluar daripada kelab. Proses berjimat. Stadium jarang penuh. RM10 aja ticket open.

"Apapun kita doa yang terbaik untuk kelab. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami," kata Tunku Ismail menerusi satu komen di Instagram.

Terdahulu, skuad Harimau Selatan sedang melakukan transformasi yang memperlihatkan kelab mengurangkan perbelanjaan 30 hingga 40 peratus disebabkan keperluan penstrukturan semula kewangan.

Situasi ini menyaksikan barisan kejurulatihan pasukan itu terpaksa dirombak dengan tidak akan tidak akan menggunakan khidmat ketua jurulatih, Esteban Solari bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2024 dan 2025.

Selain Solari, barisan kejurulatihan yang tidak akan bersama juara Liga Super 10 musim berturut-turut itu adalah Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr Leandro Pinero.

Bukan sahaja barisan kejurulatihan turut terbabit dalam penstrukturan malah beberapa pemain juga tersenarai dalam transformasi yang dianggap besar-besaran oleh JDT dalam usaha untuk memantapkan lagi kewangan pasukan itu.

"Pemain seperti Aidil Zafuan Abd Radzak, S Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo juga akan meninggalkan kelab selepas lama berkhidmat untuk kelab.

"JDT juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat pemain yang akan dipinjamkan keluar seperti Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan penjaga gol, Haziq Nadzli," kata JDT, semalam.


Sumber | BHarian

Kelayakan Piala Dunia: Malaysia berjaya benam Taiwan

PETALING JAYA – Skuad Harimau Malaya sekali lagi mempamerkan semangat juang tinggi selepas merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Taiwan pada aksi kedua Kumpulan D saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Perbandaran Taipei itu, skuad negara kendalian Kim Pan-gon membuat rombakan dalam kesebelasan utama dengan menggunakan khidmat Akhyar Rashid dan Paulo Josue di jentera serangan.

Kedua-dua pemain itu telah dibantu oleh wira negara ketika menewaskan Kyrgyzstan minggu lalu, Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi dalam usaha merobek benteng tuan rumah.

Namun, skuad negara dilihat agak kecewa apabila beberapa siri serangan yang dilakukan pada awal permainan serba tidak menjadi selain keadaan padang yang tidak rata di venue perlawanan.

Peluang terbaik Malaysia hadir pada minit ke-27 tetapi percubaan yang dilakukan oleh Akhyar melepasi palang gol.

Skuad negara semakin mengganas pada penghujung babak pertama dan kali ini giliran Stuart Wilkin melakukan rembatan di luar kotak penalti tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol tuan rumah.

Gol yang dicari Harimau Malaya sepatutnya tiba sebelum wisel ditiupkan tetapi nasib tidak menyebelahi apabila percubaan Faisal ketika situasi satu lawan satu sekadar singgah ke tiang gol.

Bersambung pada separuh masa kedua, Pan-gon membuat rombakan strategi dengan memasukkan pemain gantian, Darren Lok dan Endrick Dos Santos dalam usaha meraih kemenangan.

Keputusan tersebut ternyata berbaloi apabila Darren membalas kepercayaan yang diberikan dengan menjaring gol tunggal perlawanan pada minit ke-72.

Skuad tuan rumah kendalian Gary White berusaha untuk bangkit mencari gol penyamaan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Harimau Malaya bukan lagi skuad picisan - Pan-gon

PAN-GON (tengah) menjawab soalan pada sidang media menjelang perlawanan menentang Taiwan, malam esok. FOTO FB FAM
PAN-GON (tengah) menjawab soalan pada sidang media menjelang perlawanan menentang Taiwan, malam esok. FOTO FB FAM

Kuala Lumpur: Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu membuka buku baharu dengan memastikan pasukan kebangsaan bukan lagi dilihat 'skuad picisan' yang mudah dijinakkan lawan seperti Taiwan.

Pan-gon berkata, walaupun rekod pertemuan terdahulu menyaksikan skuad Harimau Malaya bergelut untuk mencipta kemenangan terhadap Taiwan, situasi terbabit hanya tinggal sejarah kerana pasukan kebangsaan kini sudah berwajah baharu.

Beliau berkata, barisan pemain skuad negara semakin berselera besar apabila meletakkan sasaran untuk layak ke pusingan seterusnya bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

"Kami sememangnya menghormati Taiwan dengan rekod pertemuan sebelum ini memberi kelebihan kepada mereka.

"Namun, perlu diingatkan kami mahu mencipta sejarah baharu dengan layak ke pusingan seterusnya. Kami sekarang ini mempunyai pasukan dan pemain yang berbeza.

"Misi kami jelas dan besar iaitu mahu layak ke pusingan seterusnya dan itu menjadi matlamat utama kami untuk memenangi perlawanan dengan Taiwan esok," katanya dalam sidang media praperlawanan menentang Taiwan, hari ini.

Skuad Harimau Malaya akan bertemu Taiwan, malam esok bagi perlawanan kedua Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan sasaran mengutip tiga mata penuh.

Berdasarkan kepada ranking Persekutuan Bolasepak Malaysia (Fifa) ketika ini, Malaysia berada di kedudukan ke-137 manakala Taiwan di tempat ke-152.

Selain itu, jurulatih berasal dari Korea Selatan itu berkata, cuaca sejuk di Taiwan sebenarnya memberi kelebihan kepada pemain untuk beraksi lebih baik pada perlawanan terbabit.

"Saya lihat tidak menjadi masalah apabila cuaca di negara ini agak sejuk berbanding di Malaysia.

"Pemain tidak berhadapan masalah kerana berpendapat lebih baik sejuk berbanding terlalu panas," katanya.

Sumber : HMetro

Gol Faisal ikat China 1-1

Faisal melakukan sujud syukur selepas menjaringkan gol ketika menentang China pada aksi persahabatan di Chengdu.
Faisal melakukan sujud syukur selepas menjaringkan gol ketika menentang China pada aksi persahabatan di Chengdu.

KUALA LUMPUR: Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim mendedikasikan jaringannya ketika membantu Harimau Malaya mengikat China 1-1 pada aksi persahabatan di Stadium Phoenix Hill, Chengdu, hari ini, kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pemain Selangor itu turut menyifatkan jaringan yang diledak pada minit ke-11 itu sebagai rezeki Allah buat dirinya walaupun sebelum ini berdepan penggantungan selama sebulan.

"Ini bukan untuk saya sebenarnya tetapi untuk pasukan, untuk rakyat Malaysia. Saya berterima kasih kepada semua yang selalu menyokong dan mendoakan saya.

"Perlawanan malam ini untuk rakyat Malaysia. Saya harap perlawanan selepas ini kami lebih berjaya dan lebih garang," katanya dalam video yang disiarkan di Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Faisal mencipta kejutan buat Harimau Malaya apabila menyudahkan umpanan Akhyar Rashid sebelum China yang menghuni ranking ke-80 dunia menyamakan kedudukan menerusi rembatan deras Lin Liangming pada minit ke-36.

Fabinho ikut jejak Henderson ke Liga Pro Saudi

Fabinho (tengah) diikat Al-Ittihad dari Liverpool dengan kontrak tiga tahun.



PEMAIN tengah Brazil, Fabinho telah menyertai Al-Ittihad dari Liverpool dengan perjanjian tiga tahun, umum kelab Saudi itu.

Butiran kewangan tidak didedahkan tetapi media Britain melaporkan juara Liga Pro Saudi membayar 40 juta pound untuk pemain berusia 29 tahun itu.

Fabinho akan menyertai pemenang Ballon d'Or, Karim Benzema dan bekas pemain tengah Chelsea, N'Golo Kante di kelab yang berpangkalan di Jeddah itu.

Pemain Brazil itu membuat 219 penampilan untuk Liverpool sejak ketibaannya pada 2018, dan membantu pasukan itu merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara, Piala FA, Piala Liga dan Piala Super UEFA.

Jordan Henderson juga meninggalkan Liverpool minggu lalu untuk menyertai Al-Ettifaq pimpinan Steven Gerrard di Arab Saudi.

Fabinho bersama Brazil melakukan penampilan sebanyak 29 kali, menyertai Liverpool pada Julai 2018 dari kelab Ligue 1 Perancis, Monaco dengan bayaran dalam lingkungan 39 juta pound.

Fabinho berkata, dia meninggalkan rumahnya selepas mewakili Liverpool dengan penghormatan dan kebahagiaan terbesar yang mungkin selama lima tahun.

"Saya mengatakan ini dengan hati yang penuh kegembiraan. Saya suka kelab ini. Terima kasih, Reds, untuk semua yang kami alami bersama," katanya.

Liga Pro Saudi telah menjadi destinasi tumpuan pilihan untuk pemain berprofil tinggi sejak Cristiano Ronaldo berpindah ke Al-Nassr, Januari lalu.

Ronaldo yang menjadi ejen bebas selepas berpisah dengan Manchester United pada November menyertai Al Nassr dengan kontrak 2-1/2 tahun bernilai lebih 200 juta euro.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Vida serius mahu miliki TRW, berhasrat jumpa TMJ tuntut ilmu

Vida serius mahu memiliki Kelantan FC dan sanggup bertemu TMJ untuk menuntut ilmu mengenai pengurusan bola sepak.



USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida serius untuk memiliki Kelantan FC apabila mahu bertemu pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Vida mendedahkan pertemuan itu bagi mendapatkan segala ilmu berkaitan dengan pengurusan bola sepak bagi memastikan Kelantan FC kembali digeruni dalam saingan Liga Malaysia selepas ini.

"Menjadi penaja dan pemilik adalah perkara berbeza. Sebagai persiapan, saya perlu mendapatkan seberapa banyak ilmu bagi melancarkan lagi pengurusan jika mengambil alih pasukan (Kelantan FC).

"Besar harapan saya agar Tuanku dapat menerima hasrat ini. Pembaharuan dan nafas baharu yang disuntik oleh Tuanku dalam arena bola sepak Kelantan wajar dijadikan sebagai panduan oleh saya sebagai orang baharu," katanya ketika ditemui.

Menurut beliau, ilmu pengurusan bola sepak yang betul perlu dimiliki jika mahu terus bertahan dalam menguruskan pasukan.

Ujarnya, beliau tidak mahu sekadar 'hangat-hangat tahi ayam' dalam memulihkan semula Kelantan FC.

Anak kelahiran Tanah Merah itu berkata, beliau akan turun ke Johor Baharu untuk menyaksikan final Piala FA antara JDT dengan Kuala Lumpur City, pada 22 Julai ini.

Beliau akan melihat dan melawat segala fasiliti yang ada di stadium berkenaan.

"Keputusan untuk menjadi pemilik Kelantan FC masih kekal dan segala rundingan masih lagi berjalan," katanya.


Sumber I Sinar Harian 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Nazari makin ghairah selepas buka akaun gol

Pemain TFC, Omid Nazari (kanan) meraikan jaringannya ketika berdepan KL City Jumaat lalu. Foto TFC


KUALA TERENGGANU: Selepas membuka 'akaun' gol pertama musim ini, pemain tengah Terengganu FC (TFC), Omid Nazari kian bersemangat untuk memburu jaringan seterusnya apabila pasukannya berdepan PDRM FC, Ahad ini.

Jelas pemain kelahiran Sweden berusia 32 tahun itu, dia juga mahu 'menutup mulut' pengkritiknya dengan aksi bertenaga.

Pada aksi ke-16 Liga Super menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC) Jumaat lalu, bekas pemain kebangsaan Iran itu berjaya meledak gol sulung perlawanan yang juga gol peribadi pertamanya ketika TFC terikat 3-3.

Malah pemain yang kerap memanaskan bangku simpanan skuad Penyu itu berjaya mencipta hantaran gol sebelum rakan sepasukannya, Ivan Mamut meledak gol penyamaan bagi membolehkan skuad itu membawa pulang satu mata.

"Tiada perkataan lain selain begitu gembira kerana berjaya menjaringkan gol pertama peribadi musim ini selepas beberapa kali mencuba, malah lebih menggembirakan jaringan itu pada saya begitu cantik sehingga menyukarkan penjaga gol menepisnya.

"Impian saya jika diturunkan jurulatih menentang PDRM FC nanti, sudah pasti mahu menambah koleksi jaringan peribadi selain memperagakan aksi terbaik untuk membantu pasukan melakar kemenangan.

"Bagaimanapun ia terserah kepada strategi barisan kejurulatihan yang diketuai Tommy (Tomislav Steinbruckner), tapi jika boleh saya mahu beraksi," ujar bekas pemain Negeri Sembilan FC (NSFC) musim lalu itu.


Sumber I BH Online





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Tak salah untuk cuba bawa ‘budaya’ maskot ke Liga Super



Jika kita perhatikan di Malaysia tiada maskot yang mewakili pasukan-pasukan Liga Super seperti mana yang dipersembahkan oleh pasukan-pasukan gergasi Eropah, yang mana masing-masing mempamerkan maskot kebanggaan mereka.

Maskot sebenarnya sangat memainkan peranan penting dalam mempromosi pasukan-pasukan yang terlibat dalam sesebuah liga seperti yang ada dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Contoh pasukan Liga Perdana Inggeris yang memperkenalkan maskot mereka kepada umum adalah Brentford FC dengan maskotnya yang diberi nama Buzz iaitu seekor lebah.

Hal ini bertepatan dengan nama jolokan mereka iaitu ‘The Bees’ dan Buzz boleh ditemui di stadium pada hari perlawanan atau membuat lawatan khas di sekitar komuniti pasukan tersebut.

Selain itu, kita juga sering melihat maskot daripada pasukan Manchester United FC iaitu Fred the red yang telah diperkenalkan semenjak tahun 1990.

Maskot ini diberi nama disebabkan ironinya dengan nama samaran kelab gergasi eropah itu iaitu The Red Devils, selain tujuannya adalah untuk menghiburkan orang ramai sebelum perlawanan bermula.

Ia juga digunakan dalam perniagaan kelab, terutamanya sebagai barangan yang disasarkan kepada kanak-kanak dan disebabkan ia antara kelab yang menjadi tumpuan bola sepak dunia, Fred the red telah dipilih sebagai maskot paling popular dalam majalah bola Match pada tahun 2011.

Terdapat beberapa lagi maskot yang sering kita lihat di kaca televisyen misalnya, Moonbeam milik Manchester City FC, The Liver Bird iaitu burung legenda milik Liverpool FC dan juga Stamford The Lion and Bridget The Lioness yang sentiasa berada di belakang pasukan Chelsea FC.

Pasukan-pasukan Liga Super bukan tiada maskot yang mewakili mereka, dari segi konsepnya ada, namun tidak kita lihat di mana-mana keberadaannya ketika perlawanan berlangsung baik di kaca tv mahupun stadium.

Jika ia diiplementasikan dalam Liga Super, sudah pasti akan memeriahkan lagi industri bola sepak tempatan, disamping dapat mempromosikan secara terus penaja-penaja yang bersama kelab masing-masing.

Seperti yang dilakukan oleh maskot-maskot diluar negara, mereka akan menyantuni para penonton sebelum perlawanan bermula, waktu rehat separuh masa dan juga setelah tamat perlawanan sekaligus mata-mata mereka akan tertumpu pada maskot tersebut.

Hal ini sudah semestinya salah satu cara yang efektif untuk menggunakan fungsi maskot di sebuah pasukan bola sepak selain menjadi lambang atau muka depan sesebuah pasukan ia juga boleh menjana ekonomi kelab tersebut.

Mengikut pasukan-pasukan yang berada di Malaysia, peminat bola sepak tanah air sudah pasti mengetahui beberapa nama samaran yang terpalit dengan kelab bola sepak kita misalnya, Tok Gajah (Sri Pahang FC), Kijang Merah (Kelantan FC), Harimau Selatan (Johor Darul Takzim), Seladang (Perak FC) dan Gergasi Merah (Selangor FC)

Jadi dengan adanya konsep dan nama panggilan yang sudah digunapakai sejak dahulu ini, bagaimana jika setiap pasukan mula untuk memperkenalkan maskot dan mempromosikan perkara ini agar kancah bola sepak negara kita semakin rancak sekaligus meramaikan lagi peminat untuk turun ke stadium.


Sumber I Harimau Malaya 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Silva jadi buruan kelab Arab Saudi

Bernardo Silva mendapat tawaran 41 juta pound (RM242.81 juta) setahun untuk bermain di Arab Saudi.


JEDDAH: Bernardo Silva mendapat tawaran 41 juta pound (RM242.81 juta) setahun untuk bermain di Arab Saudi.

Jumlah itu jauh lebih rendah berbanding rakan sepasukan Portugal, Cristiano Ronaldo yang beraksi untuk Al-Nassr.

Silva, 28, dilaporkan akan meninggalkan Manchester City hanya beberapa minggu selepas membantu kelab Liga Perdana Inggeris itu memenangi treble.

Pemain Portugal itu mendapat tawaran daripada beberapa kelab termasuk di Arab Saudi dengan Al-Hilal mendahului bidaan.

Silva, 28, dilaporkan akan meninggalkan Manchester City hanya beberapa minggu selepas membantu kelab Liga Perdana Inggeris itu memenangi treble.

Pemain Portugal itu mendapat tawaran daripada beberapa kelab termasuk di Arab Saudi dengan Al-Hilal mendahului bidaan.

Al-Hilal sedia menawarkan kontrak jangka panjang buat Silva yang bernilai 41 juta pound (RM242.81 juta) setahun.

Ronaldo meninggalkan bola sepak Eropah untuk menerima 173 juta pound (RM1.02 bilion) setahun bersama Al-Nassr. - AGENSI



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

'Kami cipta sejarah' - Manchester City

Gundogan menjulang trofi Liga Juara-Juara ketika meraikan kejayaan bersama pemain Manchester City selepas menewaskan Inter, 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Olimpik Ataturk, Istanbul. - FOTO: AFP


MANCHESTER City dianggap antara kelab bola sepak heavyweight selepas memenangi Liga Juara-Juara untuk melengkapkan treble yang jarang berlaku, kata kapten Ilkay Gundogan,

“Sukar untuk dipercayai dan diungkapkan dengan kata-kata. Hari ini, kami mencipta sejarah.

Kelab berhak mendapat pengiktirafan apabila menjuarai Liga Juara-Juara yang meningkatkan kami ke puncak tertinggi kelab Eropah.

“Kami tahu semua orang bercakap tentang treble. Tekanan ada, tetapi pasukan ini dibina untuk menangani tekanan dengan cara yang terbaik,” kata Gundogan.

Para pemain menangis sebak selepas gol separuh masa kedua Rodri menyaksikan kemenangan 1-0 ke atas Inter Milan dalam perlawanan akhir di Stadium Olimpik Atatürk, Istanbul, Türkiye.

Ia merupakan kejuaraan Liga Juara-Juara pertama City, selepas menamatkan saingan Liga Perdana dan Piala FA bulan lalu.

Grealish, yang menyertai City dari Aston Villa dengan rekod Britain 100 juta pound ($126 juta) pada 2021, antara pemain terbaik City musim ini memuji pengurus Pep Guardiola yang disifatkan genius.

“Saya baru sahaja bercakap kepada (Guardiola): 'Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana anda menghasilkan kejayaan ini berlaku untuk saya. Anda meletakkan begitu banyak kepercayaan kepada saya, membeli saya dengan banyak wang.'

“Malah tahun lepas ketika saya berada pada kemerosotan prestasi dia masih kekal bersama saya dan tahun ini dia memberi saya platform itu... Dia hanya seorang yang genius,” kata Grealish.

Penyerang Erling Haaland pula meletakkan sasarannya untuk lebih banyak kejayaan musim depan.

Namun dia memberi amaran kepada pesaing bahawa treble belum memuaskan seleranya untuk trofi seterusnya selepas menerajui serangan City dengan 52 gol musim ini.

“Selepas beberapa hari apabila perkara ini agak reda dan perasaan memenangi trofi ini, saya pasti mahu melakukannya sekali lagi.

“Kami perlu mempertahankan apa yang telah kami capai musim ini. Begitulah caranya. Dalam masa sebulan semuanya dilupakan dan kami perlu bermula semula,” kata Haaland.

City menyelesaikan tugas final tanpa perancang utama Kevin De Bruyne, apabila terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan hamstring pada separuh masa pertama.

“Itulah yang saya perjuangkan selama bertahun-tahun. Sungguh luar biasa kami dapat mencapainya bersama City.

“Ia adalah yang pertama dalam sejarah kelab. Kami akan sentiasa dikaitkan dengan kelab dengan cara itu. Ia benar-benar istimewa,” kata De Bruyne.


Sumber I Sinar Harian 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Leonardo pertahankan Messi, bidas PSG



ERA bintang sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi bersama gergasi Ligue 1 Perancis itu dijangka menjadi topik perbincangan dalam kalangan komuniti bola sepak khasnya para penyokong kelab bandaraya Paris tersebut selama bertahun-tahun.

Antara individu yang terlibat secara langsung dalam membawa kapten Argentina itu ke ibu negara Perancis pada 2021 selepas pemain itu meninggalkan gergasi LaLiga, ialah bekas pengarah sukan PSG, Leonardo.

Malah, bekas pemain tengah Brazil itu menyuarakan kekecewaan pendekatan diambil juara Perancis tersebut dalam mengendalikan isu Messi hingga membawa kepada penghijrahan pemain itu ke saingan Liga Bolasepak Utama Amerika Syarikat (MLS) bersama Inter Miami.

Tambah Leonardo lagi, dia menjangkakan Les Parisiens berdepan satu lagi musim baharu yang sukar apabila perlu melakukan penstrukturan para pemain selepas pemergian Messi dan beberapa pemain lain.

“PSG akan melakukan satu lagi rombakan musim panas sekali lagi. Dengan saya sebelum ini ia sukar, malah tanpa saya pastinya bertambah mustahil,” katanya yang terkilan respon para penyokong PSG yang mencemuh pemenang Ballon d'Or tujuh dalam perlawanan terakhir untuk kelab minggu lalu.

Jelas Leonardo lagi, PSG tidak sewajarnya melayan Messi dengan cara sedemikian selepas pemain itu memilih untuk tidak kekal bersama kelab milik Qatar Sports Investments tersebut.

“Saya benar-benar kesal dengan apa yang berlaku. Leo adalah seorang yang luar biasa dan juara yang layak menyertai Olympus bola sepak bersama Pele dan Maradona.

“Dia telah membuat pilihan hidup yang membolehkan dia lebih tenang dan damai bersama keluarga dan bekerja dengan sebaik mungkin.

“Jika anda berperang bersama-sama dengan Leo, anda tidak mungkin mati bersendirian, namun dengan yang lain, ya,” kata Leonardo.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Bekas pelatih Malaga City sertai TRW

Allee Putra (dua dari kanan) sah menyarung jersi Kelantan FC pada pintu perpindahan kedua pemain Julai ini.


BEKAS pelatih Akademi Malaga City FC, Sepanyol, Allee Putra Azril, 18, sah menyarung jersi Kelantan FC pada pintu perpindahan kedua pemain pada Julai ini.

Perkara tersebut diumumkan pemilik The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman sosialnya pada Sabtu.

"Dia selesa bermain di bahagian tengah dan mudahan boleh membantu TRW nanti.

"Kita sama-sama doakan kejayaan dia dan pasukan," katanya.

Menurut beliau, anak kelahiran Bachok itu pernah berada dengan Akademi Malaga City FC selama dua tahun.

Allee Putra sebelum ini pernah mengejutkan arena bola sepak tempatan apabila terpilih menjadi pelatih di Akademi Malaga City FC pada tahun 2020.

Ketika berkelana ke Eropah itu dia baharu berusia 15 tahun.


Sumber | Sinar Harian 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

© all rights reserved
made with by templateszoo