NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ronaldo turut berpuasa, mahu selami perasaan umat Islam



[DIKEMAS KINI] BEKAS pemain Al Nassr mendedahkan satu sisi luar biasa mengenai kapten pasukan itu, Cristiano Ronaldo, sepanjang beraksi di Arab Saudi yang nyata menonjolkan sifat ingin tahu serta penghormatan tingginya terhadap budaya tempatan.

Bercakap menerusi program audio siar Thmanyah Sports, Shaye Sharahili berkongsi bahawa bintang bola sepak Portugal itu memilih untuk turut berpuasa pada bulan Ramadan tahun lalu, meskipun beliau bukan seorang Muslim.

“Pada tahun lepas, Cristiano Ronaldo cuba berpuasa bersama pemain-pemain Muslim Al Nassr yang lain ketika bulan Ramadan.

“Dia berpuasa selama dua hari untuk merasai sendiri pengalaman dan apa yang dilalui oleh umat Islam ketika berpuasa,” kata Sharahili.

Kisah menarik itu dikongsikan susulan umat Islam di seluruh dunia yang baru sahaja menyambut ketibaan Ramadan.

Audio siar tersebut membincangkan perdebatan mengenai bagaimana ibadah puasa memberi kesan kepada prestasi serta rutin harian seseorang pemain di atas padang.

Bagaimanapun, situasi di Arab Saudi berbeza dan perkara tersebut bukan satu masalah. Majoriti pemain di sana berpuasa, malah pihak liga turut mengubah suai jadual latihan serta waktu sepak mula perlawanan bagi memudahkan urusan pemain.

Keputusan Ronaldo untuk turut serta berpuasa walaupun hanya untuk tempoh singkat disifatkan oleh rakan sepasukan sebagai satu tanda hormat dan keterbukaan yang tinggi.


Sumber | Sinar Harian






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo