NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Melayu asyik berpolitik, babi juga yang untung

SAYA cukup hairan orang Melayu dengan agama Islam sebagai panduan, sepatutnya berpolitik berpada-pada. Ini tidak politiknya mengalahkan orang kafir. Tidak habis-habis berpolitik. Dua puluh jam empat berpolitik.

Jika berpolitik itu menguntungkan tidak apa. Ini tidak, merugikan ada. Malah semakin rugi, rugi dan rugi. Siapa yang untung kalau bukan ultra kiasu.

Cukup, cukup, cukuplah… berpolitik sebegini.

Kalau tidak mahu mengambil politik Islam sebagai asas dalam berpolitik, sekurang-kurangnya tengoklah politik orang Cina. Cukup ‘smart’, berstrategi dan menguntungkan bangsa mereka. Melayu Islam macam mana?

Ingatkan selesai PRN Sabah, maka sudah reda. Sabah bergolak kembali. Begitu juga dengan Melaka.

Kerajaan Pusat pun masih tidak sedap hati, walaupun kononnya mendapat sokongan dua pertiga. Semua itu belum ada kepastian. Kenapa semua ini boleh berlaku? Fikirkan…

Sampai bila kita harus begini? Bila nak fokus masalah rakyat. Kasihanilah rakyat. Rakyat bergelut dengan masalah ekonomi, seperti kenaikan harga barang. Barang apa yang tidak naik hari ini. Semua barang naik harga.

Contohilah, politik orang Cina. Naik sahaja harga babi, mereka akan tekan kerajaan sampai membawa perkara ini masuk Kabinet.

Sepatutnya apabila perkara ini dibawa ke Kabinet, bincang sekali, pencemaran yang dibawa oleh babi yang tidak berkesudahan. Begitu juga penternakan babi di kawasan majoriti tempat tinggal orang Melayu.

Pulau Pinang itu ultra kiasu yang memerintah, pergi tengok ladang babi, di mana mereka ternak. Sepatutnya ternaklah di kawasan pemakan babi. Tetapi mereka ternak di kawasan orang yang tidak makan babi. Bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi seluruh negara.

Apa yang menyebabkan mereka berjaya menjadikan babi itu ‘halal’ harga dan penternakannya secara besar-besaran?

Jawapan mudah, tiga rukun politik orang Cina menyatukan mereka sehingga menjadi begitu kuat, iaitu pertama, jaga pendidikan kaum mereka, kedua, jaga NGO (parti politik) mereka agar terus kuat mendesak kerajaan dan ketiga, jaga media mereka. Tambah satu lagi, dengan adanya tiga rukun, kepentingan ekonomi mereka terjamin melalui NGO yang ditubuhkan.

Dalam kata lain, berpegang kepada tiga ini, perpaduan mereka begitu mantap terjalin.

Pendidikan vernakular mereka langsung tidak boleh diusik, meskipun begitu ramai murid mereka yang tidak menguasai agenda hidup bernegara, seperti penguasaan bahasa kebangsaan. Tidak cukup dengan pembiayaan sepenuh kerajaan terhadap sekolah vernakular, mereka mahukan kerajaan bantu juga sekolah persendirian dan universiti bersendirian mereka berasaskan Cina.

Pendek kata, proses pencinaan institusi Pendidikan mereka begitu berjaya, kerana berpegang kepada rukun pertama ini

Kedua, NGO-NGO dan parti politik mereka begitu kuat mendesak dan saling sokong menyokong. NGO Cina yang paling banyak di negara ini walaupun bilangan penduduknya tidak seramai Melayu Bumiputera. Hampir 10 ribu buah. NGO Melayu pun tidak sebanyak itu, walaupun Melayu itu adalah majoriti. Tidak mengapalah, Malaysia kan negara demokrasi?

Apabila Hua Zong dan Dong Jiao Zong bersuara, semua akan bersatu menyokong. Sebab itulah mereka tidak pernah kalah, kita yang selalu mengalah

Rukun ketiga, media elektronik, media cetak dan media sosial mereka begitu aktif bergerak dan menyebarkan berita. Saban hari mereka bersosialisasi dengan semua media ini, sehingga langsung tidak membaca atau menonton media dalam arus kebangsaan.

Tiga rukun menjadi perpaduan mereka begitu mantap sehingga Kerajaan (Melayu) merasa tertekan.

Apabila tertekan, maka keluarlah kata, itu hak bukan-Melayu (Cina) yang termaktub dalam Perlembagaan. Sedangkan ia bukan hak, kerana kita sudah memberikan hak itu.

Itulah sifat Melayu, bila senang, raikan orang lain. Bila susah, baru cari bangsa sendiri, seagama.

Naratif yang sama seperti susah payah memperjuangkan kemerdekaan. Ketika susah, bermatian-matian Melayu Islam dan Bumiputera, mempertahankan tanah air sehingga nyawa menjadi gadaian.

Bila sudah senang dan merdeka, Melayu seagama sudah tidak ingat lagi, yang dia ingat Melayu, Cina, India.

Dalam kata lain, ketika susah (berjuang menentang penjajah) ingat saudara seagama. Bila senang atau merdeka, raikan orang lain, Melayu, Cina, India, walaupun agenda hidup bernegara tidak dihayati.

Pendek kata, dengan tiga rukun ini, mereka menjadi secina-cinanya. Proses cinanisasi sangat kuat dana kental. Tidak ada siapa yang boleh menerobos termasuk kerajaan.

Sebab itulah kita lihat, sekolah vernakular mereka, seolah-olah langsung tidak boleh disentuh. Dong Zong dan Jiao Zong, begitu kuat di bawah naungan Hua Zong

Kita bagaimana? Semua aspek bergaduh, sesama parti bergaduh, sesama NGO bergaduh. Buat apa sahaja, semuanya bergaduh. Sampai bila kita harus begini?

Tengok ultra kiasu sejak berada dalam kerajaan, senyap sahaja. Senyap tetapi mereka bekerja.

Tidak seperti 22 bulan ketika dapat peluang memerintah selepas PRU14 dahulu. Dua puluh dua bulan dahulu, mereka begitu banyak belajar dan mengambil iktibar dan pengajaran

Hari ini, menteri-menteri dan timbalan-timbalan serta yang dilantik berada dalam kerajaan semua buat kerja, sehingga kita sendiri menggelar mereka seperti Saidina Omar al-Khattab, walaupun saya naik termuntah apabila membacanya

Logiknya, mereka mestilah kena tunjukkan kepada orang Melayu hari ini. Mereka kena buat kerja. Maka turunlah mereka ‘sendirian’ ke tempat-tempat awam, seperti LRT, Keretapi, dan sebagainya, kononnya ‘tanpa pengawal’ atau pasukan pengiring.

Tetapi ingat, strategi ini mereka war-warkan dalam media sosial, supaya dapat mencairkan hati Melayu.

Selepas ini akan berkatalah orang Melayu, inilah Saidina Omar al-Khattab moden atau Umar Abdul Aziz moden.

Inilah strategi ultra kiasu yang telah mereka belajar daripada ‘kesilapan’ sebelum ini.

Saya masih ingat lagi, apabila mereka berjaya merampas Pulau Pinang, maka nama Khalifah Umar Abdul Aziz dijaja ke sana ke sini untuk mencairkan hati-hati Melayu.

Memang waktu itu, kita berjaya dicairkan. Strategi ini dihidupkan kembali. Kita pun terpedaya dan cair, lalu berkata, inilah Umar Abdul Aziz moden

Apa yang menjadi mereka begitu komited kalau bukan tiga rukun politik tersebut.

Sedarlah wahai pemimpinku dan umatku, janganlah terlalu berpolitik, cukup, cukup, cukuplah.

Saya amat mengharapkan dengan adanya NGO Muafakat Nasional, sekurang-kurang dapat menjadi satu wadah dan menyediakan satu rukun politik politik untuk menyatukan orang Melayu yang terlalu banyak berpecah. Contohilah orang Cina.

Walaupun mereka tidak ada Quran dan Sunnah yang menyatukan, paling kurang mereka berpegang kepada rukun politik. Kita ada Quran dan Sunnah, sebagai panduan, malangnya tidak dirujuk dalam berpolitik.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah


( Hide )
  1. Menurut laporan berita pada bulan Mei 2022, anak Ridhuan Tee, iaitu Syafi Tee telah dirakam bercium dengan seorang p0ndan.



    P0ndan itu sah sah p0ndan sebab p0ndan tersebut mengaku dirinya “transg3nder” dan mengaku dirinya “bukan wanita”.



    Pada baru-baru juga, Ridhuan Tee, iaitu bapa kepada pencium p0ndan tersebut telah dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional.



    MN dikatakan sebuah NGO, tetapi dipimpin oleh ahli-ahli politik pembangkang.



    Nampaknya pembangkang sekarang very very colourful.

    Ada Paderi Muslim.

    Ada p0ndan.

    Ada LG8T.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo