NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TFC sudah lengkapkan awang import hadapi Liga M

NAIB juara Liga Super dan Piala FA musim lalu, Terengganu FC (TFC) melengkapkan senarai awang importnya apabila mendapatkan khidmat pemain Croatia, Domigoj Pusic dan Ivan Mamut.

Kehadiran pemain tengah dan penyerang itu bakal menjadi taruhan TFC bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC 2023 dengan kontrak selama setahun.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab. Rasid Jusoh berkata, dua pemain berkenaan menjadi pilihan ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner untuk mengemudi jentera serangan skuad Sang Penyu musim depan.

Beliau berkata, barisan pemain import TFC kini lengkap selepas Habib Haroon dikekalkan selain membawa masuk Sony Norde, Adisak Kraisorn dan pertahanan Uzbekistan, Sardor Qulmatov.

“Pihak pengurusan dan teknikal meletakkan kepercayaan kepada ketua jurulatih untuk menentukan skuad terbaik bagi menghadapi kejohanan domestik dan Asia pada musim depan.

“Dua pemain itu akan mula menjalani latihan bersama rakan-sepasukan hari ini (semalam) di bawah kendalian Steinbruckner dan kami yakin pengalaman mereka akan menjadi aset TFC,” katanya di Kuala Terengganu semalam.

Ab. Rasid berkata, Ivan akan dibantu Adisak di jentera serangan, manakala Pusic bakal bergandingan bersama Habib di bahagian tengah.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan kehadiran jurulatih kecergasan, Hrvoje Bradasic dan jurulatih penjaga gol, Domagoj Malovan bagi menyertai barisan kejurulatihan TFC. – KOSMO! ONLINE


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo