NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Komentar Mesyuarat MT Umno - Anuar Musa

KOMENTAR AWAL SAYA MENGENAI KEPUTUSAN MESYUARAT MKT UMNO MALAM TADI.

Sebaik saja Presiden UMNO selesai membuat kenyataan media lewat tengah malam tadi,saya di hubungi beberapa ahli MKT yang menyatakan kenyataan media Presiden tidak menggambarkan keputusan mesyuarat MKT.

Tinjauan lanjut menyatakan apa yang di baca kepada media adalah kenyataan yg telah di siapkan lebih awal,sebelum MKT bermesyuarat.Jika benar,ternyata sekali lagi MKT di permainkan,dan ini amat serius.

Pagi ini,apabila saya menjenguk WhatsApp Group ketua ketua umno bahagian,ramai yg mengeluh dan dalam kekeliruan dengan kenyataan media Presiden umno.Terdapat juga KUB yg juga ahli MKT mengesahkan kenyataan Presiden tidak menggambarkan intipati dan rumusan mesyuarat MKT.

Mengapakah ini terus terjadi berkali kali.Lain di bincang,lain pula di rumuskan.

25 ahli MKT telah bercakap,dlm suasana yg agak tenang dan jujur memberi pendapat.Jelas banyak pendapat yg berbeza.Tiada consensus yg ketara.Tiada undian di buat.Malah perbincangan tidak berkisar pada sama ada umno perlu keluar dari Kerajaan PN,saperti yg di momokkan sebelum ini,termasuk pendirian yg di pohon dari pertemuan secara berasingan dgn ahli MKT

Dalam kata lain,Presiden umno wajib menjelaskan kedudukan sebenar.Segera keluar kenyataan yg benar.

Lambat laun,kedudukan sebenar akan terserlah jua.Tak baik bagi parti kita.

https://www.facebook.com/tansri.annuarmusa/posts/5712009388871339

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo