NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Utama urus Covid-19, dukung pelaksanaan pelan pemulihan negara


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada YAB. Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan YB. Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan Luar Negeri yang diberikan tanggungjawab menguruskan negara terutamanya dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara. Pelantikan ini juga diharapkan dapat mengukuhkan lagi perpaduan antara parti-parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional.

PAS konsisten menyeru pemimpin dan rakyat meletakkan fokus utama negara untuk menguruskan pandemik COVID-19 ketika ini.

Penumpuan yang sepenuhnya mesti diberikan bagi menjaga nyawa dan kelangsungan hidup rakyat. Bahkan wajib tolong-menolong tanpa mengira perbezaan agama, dan bangsa.

PAS juga menyeru rakyat keseluruhannya mesti bersama-sama mendukung Pelan Pemulihan Negara yang sedang dilaksanakan kerajaan.

Semoga Allah SWT memberi tautan hati dan tindakan buat seluruh pemimpin, parti-parti politik, NGO-NGO dan seluruh rakyat Malaysia seterusnya mengangkat wabak COVID-19 dari negara kita.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

YB. Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
Bertarikh: 8 Julai 2021 | 27 Zulkaedah 1442

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo