NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid perlu jelaskan tiada konsensus MT keluar kerajaan PN - Annuar Musa



Oleh MR ISKANDAR ZULQARNAEN

KUALA LUMPUR, 8 Jul : Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa meminta agar Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan persoalan samada benar atau tidak kenyataan media beliau selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi semalam tidak menggambarkan intipati dan rumusan sebenar mesyuarat itu.

Menurut Annuar, sebaik sahaja Presiden Umno itu selesai membuat kenyataan media lewat tengah malam tadi beliau telah dihubungi beberapa ahli MKT yang menyatakan kenyataan media Presiden tidak menggambarkan keputusan sebenar mesyuarat MKT.

"Tinjauan lanjut menyatakan apa yang dibaca kepada media adalah kenyataan yang telah disiapkan lebih awal, sebelum MKT bermesyuarat.

"Jika benar, ternyata sekali lagi MKT di permainkan, dan ini amat serius," ujar Annuar di dalam satu hantaran di Facebook rasminya sebentar tadi.

Annuar yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan itu menambah apabila beliau menjenguk WhatsApps Group Ketua-ketua Umno Bahagian (KUB), ramai yang mengeluh dan dalam kekeliruan dengan kenyataan media Presiden Umno itu malam tadi.

"Terdapat juga KUB yang juga ahli MKT mengesahkan kenyataan Presiden tidak menggambarkan intipati dan rumusan mesyuarat MKT. Mengapakah ini terus terjadi berkali-kali? Lain dibincang, lain pula dirumuskan.

"25 Ahli MKT telah bercakap, dalam suasana yang agak tenang dan jujur memberi pendapat. Jelas banyak pendapat yang berbeza.Tiada konsensus yang ketara. Tiada undian dibuat.

"Malah perbincangan tidak berkisar pada sama ada Umno perlu keluar dari Kerajaan PN (Perikatan Nasional) seperti yang dimomokkan sebelum ini termasuk pendirian yang dipohon daripada pertemuan secara berasingan dengan Ahli MKT.

"Dalam kata lain, Presiden Umno wajib menjelaskan kedudukan sebenar. Segera keluar kenyataan yang benar. Lambat laun kedudukan sebenar akan terserlah jua.Tak baik bagi parti kita," ujar beliau lagi.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo