Responsive Ad Slot

Adakah hanya Parlimen yang boleh tamatkan kuatkuasa ordinan?



Untuk menjawab soalan ini, perlu dirujuk Fasal (3) Perkara 150 yang menyebut:

Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua- dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B).

Berdasarkan fasal di atas, kita dapat faham bahawa ada dua bentuk penamatan kuatkuasa ordinan iaitu:

(1) Perkataan ‘dibatalkan’ merujuk kepada kuasa YDPA melalui nasihat Jemaah Menteri untuk membatalkannya. Prosesnya sama seperti kuasa YDPA yang umum berdasarkan Perkara 40 yang memerlukan Baginda bertindak berdasarkan nasihat Jemaah Menteri.

(2) Perkataan ‘mengungkaikan’ merujuk kepada kuasa Parlimen.

Jadi sesuatu ordinan darurat akan terhenti berkuatkuasa jika mana-mana tindakan yang berlaku terlebih dahulu, sama ada oleh Jemaah Menteri atau oleh Parlimen.

Oleh kerana semua Ordinan Darurat (6) yang dibuat dalam tempoh Proklamasi Darurat telah pun dibatalkan (revoked) pada 21 Julai 2021, maka tidak perlu lagi ‘pengungkaian’ melalui usul di Parlimen.

Perlu disebut juga, kuatkuasa ordinan darurat boleh juga tamat melalui penamatan Proklamasi Darurat di bawah fasal (7) Perkara 150. 

Jika berlaku cara ini, beberapa peruntukan seperti yang berkaitan kadar denda akan terus berkuatkuasa sehingga enam bulan. 

Tapi peruntukan berkaitan penangguhan pilihan raya, penangguhan pembubaran Dewan Undangan Negeri dan seumpamanya tetap tamat bersama-sama penamatan darurat. 

Pada awalnya saya menjangkakan ordinan darurat akan tamat dengan cara ini, iaitu tamat dengan sendiri bila berlaku penamatan darurat, tapi nampaknya ada kejutan pula.

MFY

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo