NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nguyen Xuan Phuc dilantik Presiden Vietnam


26 JULAI: Nguyen Xuan Phuc dilantik sebagai Presiden Vietnam untuk tempoh 2021-2026 di Hanoi, Vietnam hari ini.

Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), usul mengenai pemilihan semasa sesi pertama Perhimpunan Kebangsaan (NA) ke-15 itu disokong 483 ahli Parlimen atau 96.79 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Pelantikan itu akan berkuat kuasa sejurus selepas diluluskan oleh badan perundangan.

Phuc, 67, berasal dari wilayah Quang Nam, adalah ahli Politburo untuk tempoh ke-11, 12 dan 13, ahli Jawatankuasa Pusat Parti untuk tempoh ke-10, 11, 12, 13, dan wakil NA dari tempoh ke-11, 13, 14 dan 15.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri ke-13 dan ke-14.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo