NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dunia bertindak balas terhadap kemelut politik Tunisia


TUNIS: Keputusan Presiden Tunisia, Kais Saied, yang menggantung Parlimen dan memecat Perdana Menteri, Hichem Mechichi, mencetuskan tunjuk perasaan di negara itu termasuk mengundang kritikan daripada parti politik terbesar negara terbabit yang menggelarkan tindakan itu sebagai 'rampasan kuasa'.

Negara asing turut menyuarakan kebimbangan mereka, selain terkejut dengan pengumuman dilakukan oleh Saied, semalam.

Kementerian Luar berkata, pihaknya teramat bimbang dengan perkembangan terbaru di Tunisia dan menyeru untuk pemulihan 'keabsahan demokratik'.

"Pemeliharaan pencapaian demokratik Tunisia yang menjadi kisah kejayaan dari aspek proses demokrasi yang dilakukan sesuai dengan harapan masyarakat di rantau ini. Ia sangat penting bagi rantau ini dan juga untuk Tunisia," kata kementerian terbabit.

Jurucakap Presiden Turki, Ibrahim Kalin, dalam hantaran responnya di Twitter berkata, pihaknya menolak penggantungan proses demokrasi dan pengabaian kehendak rakyat Tunisia yang demokratik, ramah dan bersaudara.

"Kami mengutuk inisiatif yang tidak mempunyai keabsahan perlembagaan dan sokongan orang awam. Kami percaya demokrasi Tunisia akan muncul menjadi lebih kuasa dari proses ini," katanya.

Jurucakap Kementerian Luar Jerman, Maria Adebahr, yang bercakap kepada wartawan berkata, pihaknya berharap Tunisia dapat kembali secepat mungkin ke perintah perlembagaan.

"Demokrasi sudah berakar di Tunisia sejak 2011," katanya yang merujuk tahun revolusi terkemuka ketika pemimpin diktator, Zine El Abidine Ben Ali digulingkan.

Jurucakap kerajaan Russia, Dmitri Peskov, berkata negara itu sedang memantau perkembangan situasi di Tunisia.

"Kami harap tidak ada yang akan mengancam kestabilan dan keselamatan rakyat di negara itu," katanya kepada pemberita. - AFP


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo