NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Johor: UMNO sanggup bergerak solo



ISKANDAR PUTERI – UMNO sanggup bergerak secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti kerana bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Baharudin Mohamed Taib menegaskan, UMNO masih tetap dalam Barisan Nasional (BN) dan jelas bukan parti komponen dalam gabungan politik yang lain.

“UMNO bebas untuk bergerak solo atau berpakat dengan mana-mana. Jika nak bersama UMNO tak perlu tinggikan suara tak perlu herdik-herdik UMNO, tak perlu fitnah-fitnah UMNO, tak perlu nak ajar-ajar UMNO dan tak perlu nak paksa-paksa UMNO.

“Bincang baik-baik, bincang elok-elok dan UMNO akan pilih mana-mana parti yang boleh saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain.

“Jika tak ada yang berkenan disana mahupun disini maka UMNO dan Sungai Balang sanggup untuk bergerak solo daripada hidup berduka lara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan titah Pemangku Sultan Johor, Tuanku Mahkota Ismail dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Baharudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas bersyukur kerana Kerajaan Perpaduan terbentuk dan negara dapat ditadbir dengan sempurna.

Katanya, hubungan antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) dapat dijaga tanpa ‘penceraian’ walaupun UMNO dihina dengan teruk atas kerjasama itu.

“Mungkin pemimpin-pemimpin utama semua parti tidak mahu lagi peristiwa pertukaran perdana Menteri berlaku sebanyak empat kali dalam tempoh satu penggal menyebabkan negara tidak dapat ditadbir dengan sempurna hingga rakyat menanggung kesusahannya.

“Walaubagaimanapun jangan lupa bahawa UMNO bukan parti komponen kepada Pakatan Harapan. Ikatan ini hanya bertujuan untuk menubuh kerajaan supaya kerajaan boleh dibentuk dalam keadaan semua parti tidak cukup majorti,” tegasnya.

Tambahnya, rakyat bernasib baik kerana walau pelbagai halangan Kerajaan Perpaduan akan mampu dikekalkan hingga habis penggal pilihan raya.- MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo