NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMMAH Sokong JK Sidang Parlimen - Gencatan sementara politik




Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) meneliti kenyataan Perdana Menteri (PM) berkaitan pembukaan sidang Parlimen sebagaimana yang dizahirkan oleh cadangan YDPA bersama Mesyuarat Khas Raja- Raja Melayu pada 16 Jun yang lepas.

UMMAH melihat kesediaan dan komitmen segera oleh Perdana Menteri menunjukkan kesepaduan dan kerjasama yang erat diantara PM dan YDPA yang mengutamakan keperihatinan dan kesejahteraan rakyat.

Pengumuman PM bagi menubuhkan Jawankuasa Khas yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang dibentuk bagi bagi meneliti aspek-aspek penting sebelum persidangan Parlimen diadakan, menunjukkan keterbukaan dan kesediaan untuk mewujudkan 'genjatan sementara politik' bagi meredakan suhu panas politik sebagaimana yang dizahirkan oleh Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu.

Jiwa besar yang ditunjukkan oleh PM bagi mengutamakan agenda menyelamat rakyat dan negara dari wabak Covid-19 adalah lebih besar daripada kepentingan politik peribadi dan kepartian sebagaimana yang dizahirkan oleh YDPA.

Ummah menyokong supaya pembukaan Parlimen dengan segera dan segala prosesnya sewajarnya selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negara.


MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
21 Jun 2021

#gencatanpolitik
#MenangBersama
#sidangparlimen
#kerajaanbeta
#SelamatkanMalaysia
#pru15
#Perlembagaan
#sidangparlimen
#Tularkan
#Sebarkan

https://www.facebook.com/136651590332711/posts/772743873390143/


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo