Responsive Ad Slot

PPV masjid boleh, solat jamaah tak boleh?Kena faham isu ini dengan lebih jelas.




ADA pihak mempertikaikan pembukaan PPV di masjid seperti yang telah pun dibuat di Masjid At-Taqwa Durian Burung pada 19 Jun lalu. Hasil kerja sama semua pihak termasuk Majlis Agama Islam yang membenarkan PPV ini dilaksanakan, telah dibincang lumat di pelbagai peringkat, sama ada peringkat JKJAV, JKN dan Majlis Agama Islam itu sendiri.

Walaupun Solat Jumaat masih tidak dibenarkan kerana PKP di Negeri Terengganu, tetapi solat jamaah masih lagi diteruskan dengan jumlah yang minima mengikut SOP yang telah pun dikeluarkan oleh MAIDAM Negeri Terengganu.
Advertisement

Berdasarkan garis panduan yang sedia ada inilah, PPV Masjid dibenarkan pembukaannya dengan beberapa SOP tambahan yang dikeluarkan.

Justeru tidak timbul solat jamaah di masjid tidak dibenarkan tetapi PPB Masjid untuk vaksin dibenarkan. Kena faham isu ini dengan lebih jelas.

Cadangan SOP PPB Masjid

1. Dilaksanakan di lokaliti masjid yang telah dinilai risiko oleh pihak KKM, seperti masjid mempunyai perkarangan luar yang luas, terdapat bangunan tambahan, tidak guna ruang solat dan aliran pergerakan penerima vaksin yang kondusif.

2. Pemilihan masjid juga tidak melibatkan masjid di zon PKPD atau terdapat kluster aktif berdekatan sekitarnya. Penentuan masjid juga diluluskan oleh Jabatan Kesihatan Negeri supaya tidak bertembung dengan PPV awam yang sedia ada.

3. Pemilihan penerima vaksin juga secara ketat. Hanya dibenarkan ahli kariah berdekatan dengan masjid berkenaan. Saringan semasa pendaftaran dilakukan dengan terperinci oleh petugas yang sudah dilatih.

4. Persediaan rapi seperti bilik suntikan, stesen observasi dan mana-mana bilik tertutup perlu disanitasi sebelum dan selepas program.

5.Terus mengikut pematuhan SOP standard yang dikeluarkan oleh KKM.

6. Menghadkan kehadiran penerima vaksin dalam sesuatu masa mengikut keluasan ruang. Penilaian dilakukan oleh Jabatan Kesihatan.

7. Majoriti petugas khusus di semua stesen PPB telah divaksin.

Kita sama-sama berusaha untuk menyekat virus ini terus merebak dalam masyarakat dan akhir sekali kita keluar daripada pandemik ini dengan secepat mungkin. Suara-suara yang mempertikaikan Majlis Agama ataupun fatwa berkaitan dengan SOP masjid itu kadang-kadang boleh menyebabkan pertikaian yang tidak berkesudahan, akhirnya merugikan masa untuk terus melayan. Kita tahu apa kita laksanakan ini, bukan untuk mengenepikan ibadah atau syariat Islam, tetapi demi menjaga ummah keseluruhannya.

Di saat kita sibuk untuk menguruskan COVID-19 ini dengan sebaik mungkin, masih ada lagi kumpulan yang berfikiran negatif mengkritik tanpa menyelami apa yang telah dilakukan demi kebaikan masyarakat.

Kalaulah minta mereka duduk di tempat barisan hadapan yang bertungkus lumus menguruskan pandemik ini, pasti tunggang langgang dibuatnya. Pendek kata bercakap senang, buatnya entah ke mana.

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo