NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perkasa dan kuasai media hadapi PRN Sarawak


Oleh : Ilyas Ahmad

Petra Jaya, 20 Jun : Konvensyen Penerangan dan Media Baharu PAS Pusat yang berlangsung baru-baru ini sangat memberi impak yang positif kepada para paserta akan kepentingan menguasai media sebagai senjata bagi menghadapi PRN Sarawak.

Demikian kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad ketika mengulas berkata setiap ahli PAS harus sentiasa peka dan cekap dalam menyampaikan mesej parti di samping memberi info yang tepat kepada umum. Dalam pada itu, setiap ahli memainkan peranan penting dalam menguasai dan mengaktifkan setiap akaun medsos yang menjadi trending pada masa kini.

PAS Sarawak kini sedang berusaha dalam memperkukuh dan mempersiapkan jentera bagi menghadapi PRN walaupun tempoh tamat DUN adalah pada 6 Jun lalu dan telah diisytihar darurat kesihatan pandemik sehingga 1 Ogos ini. Namun, keadaan norma baru tidak mematahkan semangat jentera PAS untuk terus menggunakan pendekatan kempen menerusi penguasaan media sosial secara aktif.

Konvensyen Penerangan dan Media Baharu anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baharu PAS Pusat yang diadakan secara maya selama dua hari itu sedikit sebanyak menyuntik semangat para peserta dalam meningkatkan rasa kebertanggungjawaban dalam menyebarluaskan maklumat dan hala tuju parti.

“Jentera media baharu khasnya perlu bersedia untuk menyerang dan menerang kepada musuh. Zaman sekarang ini adalah zaman untuk membentuk gelombang menonjolkan kebaikan Islam,” ujarnya Timbalan Presiden PAS Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ucapan penutupan konvensyen.

Tegas beliau lagi, setiap jentera harus memasang strategi dalam menghadapi peperangan norma baharu dan perlu ada kemahiran dalam berhadapan dengan cyber trooper.

https://berita.pas.org.my/perkasa-dan-kuasai-media-hadapi-prn-sarawak/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo