NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kembalikan Baucar, Bantu Penerbitan Buku Baharu


KUALA LUMPUR: Penggerak industri buku mengharapkan kerajaan melalui Belanjawan 
2021 memberikan perhatian kepada industri itu yang dilihat penting dari aspek pembangunan modal insan di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif The Bibliophile, J. Kiridaren berkata, penerbit buku mengalami masalah kerana kekurangan dana untuk dilaburkan bagi menghasilkan produk baharu manakala di pihak pelanggan pula, situasi ekonomi memaksa mereka lebih berhati-hati dalam berbelanja.

Sehubungan itu, kata beliau, pemberian baucar untuk pembelian buku adalah satu cara yang boleh membantu penerbit buku terus bertahan ketika ini.

“Kami sangat mengharapkan semua ibu bapa diberikan baucar, contohnya bernilai RM200, untuk ditukar kepada buku untuk kanak-kanak sebab ia adalah pemangkin kemajuan negara dan bangsa kemudian.

“Untuk penerbit pula, walaupun kebanyakan kami bergerak secara mandiri, kerajaan mung-
kin boleh menyuntik dana kepada penerbit tempatan untuk menerbitkan buku-buku baharu,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Patriots Publishing, Syazrul Aqram Iman, beliau sudah tidak 
meletakkan harapan tinggi untuk kerajaan memberi fokus kepada industri buku dalam Belanjawan tahun ini.

“Saya rasa kerajaan tidak berminat membantu industri buku. Di samping itu, saya faham kerajaan perlu fokus yang lebih dalam perbelanjaan lain untuk menangan pandemik Covid-19,” katanya.

Namun, beliau tetap berharap kerajaan dapat membantu penerbit dalam kategori perusahaan 
kecil dan sederhana (PKS) mendapatkan pembiayaan mudah bagi membantu mereka menyusun kewangan dengan baik selepas terkesan akibat pandemik.

“Cabaran terbesar yang dihadapi industri buku ialah penutupan banyak kedai-kedai buku rangkaian di Malaysia kerana tidak mampu bertahan dengan impak Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

- Utusan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo