NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Idea Spontan : Motosikal Bersama Set Hantaran


MARANG: Seorang pengantin tidak menyangka idea spontan ahli keluarga meletakkan mo-
tosikal Yamaha RXZ dan NVX bersama set dulang hantaran di pelamin semasa majlis perkah-
winannya dan adik perempuan di Kampung Alor Pak Bang di sini semalam, tular dalam media sosial.

Nurul Alwani Khalda, 28, berkata, idea yang dicadangkan abangnya itu sekadar simbolik kepada hantaran motosikal yang diberikannya kepada suami, Ahmad Muzzammil Samsudin, 28, di samping untuk menyerikan hantaran adiknya, Nur Fatihah, 23, dan pasangan, Ahmad Shamsuddin Norhisam, 24.

Bagaimanapun, katanya, kedua-dua motosikal yang diletakkan di pelamin itu bukan 
kepunyaan suami mereka, sebaliknya, milik abang dan adiknya yang sudah lama dibeli 
tetapi kelihatan seolah-olah masih baharu kerana jarang digunakan.

“Saya telah menyediakan replika Yamaha 15ZR atau ‘Ysuku’ pada dulang hantaran, tetapi 
kenderaan itu tiada kerana digunakan suami untuk berkonvoi bersama rakannya ke rumah saya bagi majlis semalam manakala adik pula tidak memberikan sebarang hantaran motosikal.

“Idea untuk membawa masuk kedua-dua motosikal ke dalam rumah bagi diletakkan di 
pelamin bersama set hantaran lain timbul secara spontan pada sebelah malam selepas pernikahan kami dua beradik pada petang Jumaat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Setakat pukul 1 petang ini, gambar mengenai hantaran motosikal yang dimuat naik oleh 
jurugambar pengantin itu, Hazrulphoto IL Momento dalam laman Facebook miliknya pagi 
semalam mendapat lebih 1,200 tanda suka di samping 2,000 komen dan hampir 5,000 perkongsian.

Nurul Alwani yang berkelulusan Sains Sukan (Sains Eksesais) dari Universiti Malaya (UM) berkata, selain tarikan hantaran, majlis perkahwinan dua pasangan pengantin itu turut mendapat perhatian tetamu apabila nama bapa suaminya, Samsudin yang kebetulan sama 
dengan nama adik ipar, Ahmad Shamsudin.

Katanya, perkahwinan bersama suami sepatutnya dilakukan pada Mac lalu selepas kira-kira 
lapan tahun berkenalan termasuk dua tahun tempoh bertunang, tetapi majlis itu ditangguhkan kepada Jun berikutan pandemik Covid-19.

- Utusan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo