NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lukisan Hina Hero Malaysia Cetus Kemarahan

SEORANG pelukis muda mendapat kecaman teruk daripada orang ramai kerana didakwa tidak tahu erti kebebasan berkarya dalam lukisan. Baru-baru ini karya pelukis dikenali sebagai Fahmi Reza itu,mengundang kemarahan rakyat apabila dia memuat naik poster lukisan digital mempamerkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham dalam mangkuk tandas!

Dr Noor Hisham merupakan hero kesayangan rakyat Malaysia selain antara orang yang banyak membantu dan bertungkus lumus membantu negara menghadapi pandemik Covid-19 ini. Jadi perbuatannya ini dianggap sebagai melampau dan keterlaluan.

“Kau ni sudah ada terlalu banyak masa sampai tidak habis-habis mahu memberontak. Kalau suka sangat dengan tandas boleh pergi cuci tandas awam,” tulis seorang warganet dengan rasa penuh tidak puas hati.

“Kebebasan bersuara ada akibatnya. Awak bertanggung jawab atas apa yang awak tulis. Ia patut dipanggil bersuara dengan bertanggungjawab,” tulis seorang lagi warga maya. Lukisannya yang telah meraih lebih 1,000 tanda suka itu, turut dihujani komen negatif daripada rakyat Malaysia.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo