NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

#PRU14: PAS Selangor bersedia tanding 42 kerusi

Gambar sumber: NST
SHAH ALAM - PAS Selangor sedia bertanding di 42 kerusi pada PRU14, termasuk meletakkan calon di kerusi Presiden PKR dan Timbalan Presiden PKR.

Pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi berkata, sebelum adanya PKR, PAS sememangnya berminat berada di banyak kerusi di Selangor.

"PAS bersedia kawasan diwakili Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Dun Kajang dan Bukit Antarabangsa)," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain kawasan Dun Bukit Antarabangsa, parti Islam itu juga turut bersedia mengambil semula kerusi Parlimen Gombak yang ditandingi Menteri Besar Selangor itu sejak 2008.

"Keputusan untuk bertanding di 42 kerusi dipersetujui PAS Pusat, manakala untuk kerusi Parlimen, ia akan diputuskan PAS Pusat," katanya.

Sumber:
© all rights reserved
made with by templateszoo