Amanah pecat keahlian ADUN Sabak


KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) memecat Ahmad Mustain Othman yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sabak.

Setiausaha Agungnya, Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, keputusan ini dibuat selepas Ahmad Mustain didapati melanggar disiplin sebagai ahli seperti ditetapkan Fasal 21.12 Perlembagaan Parti Amanah Negara.

Pemecatan ini selaras dengan Fasal 21.8 Perlembagaan Parti Amanah Negara yang memberi kuasa kepada Lembaga Tatatertib untuk memecat mana-mana ahli yang didapati melanggar disiplin dan arahan Parti, katanya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

Sumber: https://malaysiagazette.com/2020/07/28/amanah-pecat-keahlian-adun-sabak/

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post