Datuk Seri Anwar: “Harapan Terakhir” Untuk Siapa?

oleh: Dr. Kamarul

Menonton program syarahan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "The Construct Of A Nation: As I See It" di HELP University hari ini, jelas terpancar keyakinan (confidence, kalaupun tidak overconfidence) dan kegembiraan (excitement, kalaupun tidak overexcitement) pada wajah beliau menjelang berlangsungnya Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan esok, Jumaat, 21 Februari 2020.



Keyakinan dan kegembiraan ini juga tergambar di dalam kenyataan Datuk Seri Anwar kepada media selepas berlangsungnya program syarahan ini di mana beliau menyebut isu peralihan kuasa akan dapat diselesaikan dalam masa setengah jam sahaja dalam mesyuarat esok dan beliau menyerahkan kepada mesyuarat sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad akan dimasukkan ke dalam kabinet beliau.

Turut menyumbang kepada keyakinan dan kegembiraan ini adalah lambungan teramat tinggi yang diberikan oleh pengerusi majlis, Tan Sri Dr Lim Ewe Jin, yang memperkenalkan Datuk Seri Anwar kepada para hadirin sebagai:
(1) “Menteri Kewangan Malaysia paling terkenal” (The Malaysia’s most famous Finance Minister).
(2) “Menteri Kewangan Terbaik Asia” (The Asia’s Best Finance Minister).
(3) “Satu daripada Empat Menteri Kewangan Terbaik Dunia” (One of the four best Finance Ministers in the world).
(4) “Harapan Terakhir Malaysia” (Malaysia’s Last Hope and The Last Samurai).

Tan Sri Dr Lim Ewe Jin juga mengingatkan kepada para hadirin mengenai betapa zaman Datuk Seri Anwar menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan adalah sesatunya masa di mana pendapatan Malaysia berada dalam keadaan lebihan dan tidak berhutang” (“When Datuk Seri Anwar was Finance Minister in those days it was the only time when Malaysian income was in healthy surplus and hardly any debt”).

Datuk Seri Anwar tidak berucap panjang kerana, kata beliau, beliau mempunyai urusan-urusan mendesak yang perlu dibincang dan diselesaikan dengan kawan-kawan mengenai mesyuarat esok (“I told Tan Sri Dr Lim Ewe Jin, had I known there’s a 20th prior to our decision on the 21st meeting I would have postponed this because I have certain pressing matters that I need to discuss and resolve with my colleagues”).

Begitupun, berucap di sebuah universiti yang diasas dan dimiliki oleh bukan Melayu dan di hadapan hadirin yang rata-ratanya adalah bukan Melayu, Datuk Seri Anwar sekali lagi mengulangi komitmen beliau untuk menghapuskan dasar ekonomi berasaskan kaum yang, mengikut beliau, tidak lagi dapat dipertahankan (“now we are in 2020, the notion of economic policy based on race is getting terribly untenable”).

Majlis dan komitmen begini sekali gus menimbulkan tanda tanya: Datuk Seri Anwar ini sebenarnya adalah “Harapan Terakhir” untuk siapa, untuk kaum Tan Sri Dr Lim Ewe Jin kah?

Sumber: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/3035373389840032

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post