Adab ketika berlaku kematian

TERDAPAT beberapa adab yang sepatutnya diambil perhatian sebagai umat Islam tatkala berlaku kematian. Antaranya adalah memahami tentang hakikat kematian.

Pedoman
Firman Allah SWT dalam surah al-Mulk: 2, bermaksud: “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalnya...”

Al-Qurtubi dalam tafsirnya al-Jami’ li Ahkam al-Quran berkata bahawa perkataan ‘kematian’ didahulukan daripada perkataan ‘kehidupan’ kerana kematian itu lebih dekat.

Boleh jadi juga kerana asal manusia daripada tiada kemudian diwujudkan. Begitu juga kerana matlamat sebenar manusia bukan hanya dibataskan di dunia.


Tetapi ia akan di soal di hadapan Allah pada hari harta benda dan anak pinak tidak boleh memberi manfaat kecuali menghadap Allah dengan hati yang sejahtera.

Selain itu, kita perlu menerima kematian dengan cara dan adab Islam iaitu melafazkan Istirjak. Firman Allah maksudnya: “Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (kesusahan) mereka mengucapkan: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” al-Baqarah:155 dan 156

Juga boleh memuji Allah (mengucapkan Alhamdulillah) kemudian istirjak. Ini berdasarkan hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Hibban iaitu Allah bertanya kepada Malaikat (dalam riwayat Ahmad: Malaikat Maut) yang mengambil nyawa anak kesayangan hamba-Nya, maksudnya, “Apa yang disebut oleh hamba-Ku. Maka jawab para Malaikat: Ia memuji-Mu dan istirjak.

Bersabar dalam menerima berita. Ini kerana menurut dalil ayat di atas, diberi pahala yang besar kepada orang bersabar.

Berdoalah seperti yang diajar oleh Baginda SAW, bermaksud: “Ya Allah, kurniakanlah aku ganjaran atas musibahku dan gantikanlah yang lebih baik daripadanya.” - Riwayat Muslim

(SUMBER: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget