#HPU914:Semua kaum dijemput hadir himpunan Umno-PAS



#HPU914:Semua kaum dijemput hadir himpunan Umno-PAS


Himpunan Penyatuan Ummah yang akan menyaksikan Umno dan PAS menandatangani piagam bersama dijangka menarik kehadiran sekurang-kurangnya 10,000 penyokong.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua kaum dan agama turut dijemput hadir pada majlis yang berlangsung Jumaat dan Sabtu ini.

"Ini adalah kerjasama politik dan bukan gabungan politik.

"Ia akan menjadi persaingan yang inklusif di mana semua parti, kaum dan agama juga akan dijemput untuk menjadi sebahagian daripada kerjasama," katanya seperti dilapor The Star.

Terdahulu sebelum ini kedua-dua parti mensasarkan 10,000 ahli serta penyokong akan hadir pada majis itu.

Sementara itu Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata perhimpunan itu akan menunjukkan keutuhan kedua-dua parti dan komitmen mereka bersama.


"Perjanjian yang akan ditandatangani mungkin tidak terikat secara undang-undang, tetapi ia menunjukkan komitmen para pemimpin parti, disokong oleh akar umbi," katanya.

Jemputan ke perhimpunan itu menyeru para peserta memakai pakaian putih dan mengatakan ia terbuka kepada semua warganegara, parti politik dan NGO.

Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa pula berharap kerjasama itu akan melibatkan semua komponen BN, Gagasan Sejahtera, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gagasan Bersatu Sabah (GBS).

"Kami mempunyai 1,000 sukarelawan beruniform sendiri - dari pasukan sukarelawan Umno dan PAS - untuk mengawal orang ramai," katanya.

Annuar berkata, bahkan wakil daripada Pakatan Harapan sendiri akan dijemput ke majlis itu.

Bagaimanapun, Presiden MCA Wee Ka Siong kelihatan menjarakkan partinya daripada perhimpunan itu dan mengatakan "Ini adalah kerjasama yang erat antara Umno dan PAS."

Presiden MIC, S Vigneswaran pula berkata beliau hanya akan hadir sebagai saksi dan tidak memainkan peranan dalam perjanjian itu.

https://www.malaysiakini.com/news/491238
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget