Kepelikan Dalam Pemilihan Pemuda Amanah Kelantan



Sungguh mengejutkan sekali bila Team Pemuda Bekerja dengan senarai calon dan gerak kerja yang impresif langsung tidak dapat bertanding dalam pemilihan Pemuda AMANAH Kelantan.

Di peringkat nasional Team Pemuda Bekerja diketuai oleh Hasnul Zulkarnain Abd Munaim manakala di peringkat Kelantan Team Pemuda Bekerja diketuai oleh Hisyamuddin Ghazali.

Majlis Pengenalan Calon & Gagasan Team Pemuda Bekerja di peringkat nasional juga dibuat dengan meriah sekali di Skyark Event Spaces Lakeville Lifestyle Shoplot, Kuala Lumpur, pada 30 Julai lalu.

Malangnya, dalam Konvensyen Pemuda AMANAH Kelantan hari ini Team Pemuda Bekerja langsung tidak dapat bertanding ekoran masalah teknikal yang menimpa team mereka.

Semalam, arahan dikeluarkan dari Pusat bahawa mesyuarat Pemuda Kawasan yang melantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta Juruaudit 1 dan 2 yang bukan dari ahli Pemuda Kawasan tersebut dan yang melebihi umur 40 tahun adalah tidak sah dan tidak boleh menghantar perwakilan ke Konvensyen Pemuda AMANAH Kelantan.

Ekoran arahan ini, katanya hanya ada dua Pemuda Kawasan sahaja yang boleh menghantar perwakilan Konvensyen Pemuda AMANAH Kelantan, iaitu Pemuda Kawasan Kubang Kerian dan Pemuda Kawasan Tanah Merah.

Disebabkan senarai calon Team Pemuda Bekerja datang daripada Pemuda Kawasan yang mesyuaratnya diisytiharkan sebagai tidak sah, maka calon mereka tidak dapat bertanding sekali gus menyebabkan Team Pemuda Bangkit yang diketuai oleh Jeming Hassan menang tanpa bertanding.

Dua persoalan utama timbul di sini:

(1) Apakah Team Pemuda Bekerja terlalu naïf dalam berorganisasi hingga boleh terlepas pandang peraturan pemilihan yang ditetapkan sehingga menyebabkan mesyuarat Pemuda Kawasan mereka diisytiharkan sebagai tidak sah?

(2) Mengapakah arahan yang dikeluarkan dari Pusat mengenai mesyuarat Pemuda Kawasan yang tidak sah ini dibuat di saat-saat akhir dan tidak dibuat lebih awal bagi membolehkan mesyuarat yang tidak sah ini dibuat semula?
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget