NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Memperingati Pembunuhan Kejam Umat Islam di Srebrenica, Bosnia Herzegovina.




Tanggal 9 Julai 2019, ribuan rakyat Bosnia Herzegovina berhimpun bagi memperingati peristiwa berdarah pembunuhan kejam beramai – ramai umat Islam yang di kenali sebagai “ Srebrenica Massacre “ oleh tentera Serbia yang di adakan di bandar Srebrenica, Bosnia Herzegovina. Di samping rakyat Bosnia Herzegovina dan pemimpinnya, turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Peristiwa yang berlaku pada Julai 1995 menjadi titik hitam kepada umat Islam Bosnia apabila tentera Serbia mengepung bandar Srebrenica dan melakukan pembunuhan kejam beramai-beramai tanpa rasa belas kasihan dan ihsan.

Tidak kurang daripada 8 ribu umat Islam Bosnia yang dibunuh dengan kejam yang mana kebanyakannya adalah dari kalangan lelaki dewasa dan remaja. Setelah di bunuh, mereka di tanam beramai – ramai dalam kubur yang besar di pinggir bandar Srebrenica, Bosnia Herzegovina. Seramai 8,373 orang di senaraikan hilang oleh Bosnian Federal Commission Of Missing Person akibat daripada peristiwa “ Srebrenica Massacre “.

Pada Julai 2012, 6,838 mangsa di kenal pasti melalui ujian DNA daripada rangka manusia yang di perolehi setelah di gali semula kubur di mana kesemua mangsa di tanam beramai – ramai setelah di bunuh. Daripada jumlah tersebut, hanya 6,066 mangsa di kebumikan di Memorial Center of Potocari, Srebrenica, Bosnia Herzegovina. Selebihnya mangsa tersebut masih tidak di temui hingga ke hari ini yang mana telah di isytiharkan hilang mahupun terbunuh.

Pembunuhan terancang secara beramai - ramai ini dipimpin oleh Ratko Mladic, seorang general yang memimpin salah satu unit khas tentera Serbia, Army of Republika Srpska ( VSR ) ketika perang Yugoslavia dari tahun 1991 hingga 2001. Ratko Maldic pula berada di bawah pengaruh kuat Slobodan Milosevic yang menjadi Presiden Serbia dari tahun 1989 hingga 1997 seterusnya menjadi Presiden Yugoslavia dari tahun 1997 hingga tahun 2000.

Konflik Bosnia bermula pada tahun 1991 di era keruntuhan Komunisma di Yugoslavia apabila satu referundum telah diadakan untuk menuntut pemisahan Bosnia Herzegovina daripada Yugoslavia dan menjadi sebuah negara yang merdeka. Wilayah Bosnia Herzegovina pada ketika itu dihuni 44 peratus Muslim Bosnia, 31 peratus Orthodok Serbia dan 17 peratus Katolik Croatia. Pada 29hb Februari 1992, referendum tersebut disokong dan diluluskan serta di terima oleh masyarakat antarabangsa.

Bagaimanapun keputusan rerefundum tersebut dibantah oleh puak Serb Bosnia yang memboikot referendum tersebut dan disokong oleh negara Serbia pimpinan Slobodan Milosevic. Akibatnya, tentera Serbia pimpinan Radovan Karadzic bertindak menyerang Bosnia Herzegovina dengan alasan untuk mengelak bumi Yugoslavia daripada berpecah, walhal sebab sebenarnya ialah untuk menghalang umat Islam Bosnia daripada merdeka dan dendam lama mereka terhadap Islam khususnya sejak era pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah.

Pembunuhan beramai –ramai umat Islam Bosnia di Srebrenica, Bosnia Herzegovina menjadi titik penting kerana akibat daripada peristiwa tersebut, ia menggerakkan masyarakat antarabangsa untuk bertindak dengan agresif terhadap kekejaman tentera Serbia terhadap Umat Islam Bosnia. Akibat desakan Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu ( PBB ) dan masyarakat antarabangsa, pada 18 Mac 1994, satu perjanjian damai yang di kenali sebagai Washington Agreement telah di tandatangani dan akhirnya Bosnia Herzegovina telah menjadi sebuah negara yang merdeka.

Namun tentera Serbia terus menyerang Bosnia Herzegovina walaupun telah menandatangani perjanjian damai dan wujudnya Bosnia Herzegovina sebagai sebuah negara merdeka. Akhirnya pada tahun 1995, NATO telah melancarkan Operation Deliberate Force dengan menyerang kedudukan tentera Serbia di wilayah yang bergolak di mana akhirnya tindakan tersebut telah menamatkan peperangan yang berlarutan sejak sekian lama.

Pada 21 November 1995, satu rundingan damai telah di adakan di Dayton, Ohio, Amerika Syarikat di antara Bosnia Herzegovina dan Serbia dan pada 14 Disember 1995, satu perjanjian damai telah ditandatangani di Paris, Perancis yang mana telah mengakhiri dan menamatkan perang saudara yang berlangsung hampir 5 tahun yang telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa dan harta benda.

Konflik yang berlarutan hampir 5 tahun ini telah mengorbankan hampir 250 ribu rakyat Bosnia Herzegovina yang tidak berdosa majoritinya beragama Islam. Setelah tamat perang tersebut, banyak pihak menyalahkan kuasa-kuasa besar khususnya Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah kerana lambat bertindak walaupun mempunyai kuasa mengelakkan konflik tersebut daripada berlaku yang mengakibatkan pertumpahan darah dan korban yang cukup besar dikalangan orang awam terutamanya kanak – kanak, wanita dan warga emas.

Pada tahun 2008, International Criminal Tribunal for Former Yugoslavia ( ICTY ) di bawah seliaan Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu ( PBB ) telah mendakwa seramai 45 orang Serbia, 12 orang Croatia dan 4 orang Bosnia di atas jenayah perang, di bicarakan, di dapati bersalah dan di hukum. Slobodan Milosevic, Ratko Mladic dan Radovan Karadzic di tangkap, di bicarakan serta di dapati bersalah di atas jenayah perang samada oleh ICTY mahupun International Court of Justice ( ICJ ). Kesemua mereka di hukum penjara seumur hidup kecuali Slobodan Milosevic yang mati di dalam tahanan ketika masih dalam perbicaraan.

Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ) turut bersama dalam menyumbang tenaga ketika krisis tersebut. ATM menghantar anggotanya berkhidmat di bawah panji PBB untuk misi keamanan. Yang pertama ialah misi MALBATT 1, MALBATT 2, MALBATT 3 dan MALBATT 4. Misi tersebut kemudian ditukar ke MALCON 1 IFOR, MALCON 2 IFOR dan MALCON 3 MALBATT - UNPROFOR MALCON - IFOR dibawah NATO. Kerajaan Malaysia ketika itu di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad turut sama membantu Bosnia Herzegovina dalam membina semula negara mereka samada dari segi infrastruktur mahupun ekonomi. Malah Tun Dr. Mahathir juga turut menggesa OIC turut sama membantu Bosnia Herzegovina agar mampu bangkit dari kemusnahan akibat peperangan.

Walaupun peristiwa ini sudah 24 tahun berlalu tetapi ia tetap menjadi sejarah hitam yang tidak dapat dilupakan oleh umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Umat Islam di tindas dan di bunuh di tanah air mereka sendiri. Dapat kita lihat apa yang berlaku sekarang di Palestin, Syria, Yaman, Afghanistan dan Uighur, China sama seperti apa yang berlaku di Bosnia Herzegovina dahulu.

Bangsa dan agama lain mampu hidup aman dan damai di bawah pemerintahan Islam sejak zaman dahulu lagi namun umat Islam belum tentu hidup aman dan damai bawah pemerintahan bangsa dan agama lain walaupun di tanah air sendiri.

Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah Pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat dan juga merupakan ADUN Batu Burok.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo