NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Abdul Hamid Bador Ketua Polis Negara baharu


Mohd Husni Mohd Noor dan Siti A’isyah Sukaimi
am@hmetro.com.my

PEMANGKU Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador sah dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui media selepas majlis sambutan Hari Pekerja Tahun 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Ketika ditanya wartawan berhubung perkara itu, Dr Mahathir menjawab: “Ya, saya fikir dia lah jadi IGP (Ketua Polis Negara).

“Saya rasa Yang di-Pertuan Agong sudah tandatangan surat pelantikan itu,” katanya.

Abdul Hamid akan menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang akan bersara wajib Jumaat ini.

Mohamad Fuzi dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 4 September 2017.

Abdul Hamid menjadi perhatian pada 2015 apabila membuat pendedahan mengenai pihak tertentu yang menyembunyikan saksi utama dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selain mendesak siasatan terus ketika menjawat jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.

Beliau yang hampir 40 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah dianugerahkan Bintang Bhayankara Nararya, bintang kepahlawanan tertinggi daripada Kerajaan Indonesia selepas membantu kerajaan dan pihak berkuasa republik itu melumpuhkan kegiatan keganasan Jemaah Islamiah (JI) dan elemen pengganas Daish.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/450731/abdul-hamid-bador-ketua-polis-negara-baharu

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo