NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RUU Sabah Dan Sarawak Mula Cari Mangsa?



Apa hal pula Menteri Undang-Undang, Datuk Liew Vui Keong, ni sampai petik nama “our Lord Jesus” bila Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai “equal partners” dalam Malaysia gagal dapat 2/3 majoriti?

Kenapa sampai perlu sebut dia hanya bertanggungjawab kepada “our Lord Jesus” atas “conscience” dia, hanya Jesus tahu susah payah dia untuk kembalikan status Sabah dan Sarawak dan dia tak tahu kenapa Jesus tak izinkan status Sabah dan Sarawak dikembalikan?

Pelik kenapa Datuk Liew sampai boleh dedah nama empat ahli Parlimen PH, iaitu Dr Maszlee Malik dan Muslimin Yahya dari BERSATU serta Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Noor Amin Ahmad dari PKR, yang tidak hadir sidang Parlimen hari tu.

Lebih pelik lagi bila dia sampai boleh beri cadangan kepada Ketua Whip BERSATU dan PKR untuk ambil tindakan kepada empat Ahli Parlimen yang gagal hadir sedangkan kalau mereka hadir dan mengundi sekalipun masih belum dapat juga 2/3 majoriti yang diperlu.

Dr Maszlee awal-awal lagi dah sebut dia berada di Paris pada hari tu kerana hadir Mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO ke-206, tapi kata Datuk Liew, ini tak boleh jadi alasan sebab Tun Dr Mahathir dah arahkan agar semua Ahli Parlimen PH hadir sidang Parlimen hari tu.

Bunyi macam penting sangat je RUU Sabah dan Sarawak ni šŸ¤”

- Kamarul Yusoff

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo