PRK Rantau: BN dahului undi pos, undi awal - Tidak rasmi


RANTAU: Barisan Nasional (BN) kini mendahului Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau melalui undi pos dan undi awal.

Ini melibatkan anggota polis dan kakitangan awam bersama pasangan mereka.

Menurut kiraan tidak rasmi setakat jam 6 petang, calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan mendapat 113 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram hanya menerima 10 undi.

Setakat ini dilihat PRK Rantau berjaya mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi bagi PRK yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat jam 4 petang, 74 peratus pengundi Rantau telah keluar menunaikan tanggungjawab dan ini melepasi peratusan keluar mengundi keseluruhan PRK Semenyih iaitu 73.24 peratus.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara Streram, Mohamad Hasan dan dua calon bebas, R Malarvizhi serta Mohd Nor Yassin.

Ini merupakan PRK ketujuh selepas PRU14 tahun lalu, dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September), Parlimen Port Dickson (13 Oktober), Parlimen Cameron Highlands (26 Januari) dan DUN Semenyih (2 Mac).

DUN Rantau mempunyai 29,926 pengundi berdaftar.

PRK ini diadakan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding Mohamad Hasan pada PRU lalu tidak sah dan terbatal.

Ini selepas Streram, yang juga dicalonkan PH untuk PRU ke-14 lalu, dihalang daripada menghantar borang pencalonan ketika hari penamaan calon pada 28 April 2018.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-politik/prk-rantau-bn-dahului-undi-pos-undi-awal-tidak-rasmi-204467
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget