Inkues Adib: Keputusan Panggil Semula 2 Saksi Pakar Esok


SHAH ALAM – Mahkamah Koroner di sini tadi memutuskan esok sama ada mahu memanggil semula ataupun tidak dua saksi pakar berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim Disember tahun lalu.

Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak iaitu Pegawai Pengendali dan peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta keluarga mangsa.

Dua saksi pakar yang dicadang untuk dipanggil semula ialah Pakar Bedah Forensik HKL, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi dan Ketua Jabatan Forensik HKL, Datuk Dr. Mohd. Shah Mahmood.

Permohonan untuk memanggil semula dua saksi itu dibuat pada Jumaat lalu. – K ONLINE!
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget