Penipuan nombor TAC: Kerani rugi RM8,888.88




KUANTAN: Seorang kerani wanita kerugian RM8,888.88 selepas diperdayakan untuk menghantar Kod Pengesahan Transkasi (TAC) yang diterimanya ke nombor telefon bimbit yang tidak dikenali.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 36 tahun mendakwa menerima pesanan WhatsApp daripada suspek pada 6 Mac lepas.

"Suspek mendakwa isterinya telah tersilap menghantar nombor TAC akaun banknya kepada telefon bimbit mangsa dan meminta mangsa untuk memaklumkan nombor tersebut kepadanya.

"Mangsa menyemak khidmat pesanan ringkas (SMS) di telefon bimbitnya dan mendapati terdapat satu nombor TAC, lalu mengambil tangkap layar dan menghantar semula ke nombor suspek," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.

Mohd Wazir berkata mangsa kemudiannya mendakwa menerima SMS daripada bank memaklumkan terdapat transaksi pemindahan wang dalam jumlah yang besar daripada akaunnya ke akaun seorang lelaki.

Mangsa, menurut Mohd Wazir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan, Mohd Wazir berkata seorang peniaga dari Bentong dekat sini, kerugian RM23,003 selepas diperdayakan syarikat pemberi pinjaman wang yang tidak wujud sejak 31 Jan lepas.

Mangsa yang berusia 43 tahun mendakwa telah membuat transaksi pemindahan wang ke dalam lima akaun berbeza yang dikatakan sebagai kos pemprosesan pinjaman, katanya.

Mohd Wazir berkata siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan selepas mangsa membuat laporan di IPD Bentong, semalam.

-- BERNAMA
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget