PAS cuba tenangkan kebimbangan, isytihar bersama orang bukan Islam




PETALING JAYA: PAS bersama orang bukan Islam dan tidak "melancarkan perang" terhadap mereka, kata Naib Presiden Iskandar Samad hari ini.


Menyangkal kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang dilapor berkata Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang diperintah taliban sekiranya kerjasama Umno-PAS membentuk kerajaan, Iskandar berkata kewujukdan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menafikan dakwaan itu.


Bercakap di satu seminar anjuran DHPP, beliau berkata kenyataan seperti itu mungkin berpunca daripada ketakutan terhadap kerjasama rasmi Umno dan PAS.


"Kita bersama-sama dengan masyarakat bukan Islam. Di Kelantan, banyak program dan kita bersama-sama mentadbir.


"Di Terengganu dan Kelantan tiada masalah, kerana dalam jentera kerajaan pun ada wakil wakil DHPP. Pegawai khas menteri besar Terengganu pun dari DHPP," katanya.


Beliau menarik perhatian kepada kenyataan Presiden MIC, SA Vigneswaran yang mempertikaikan persoalan terhadap kerjasama antara parti itu dengan PAS.


"Kenapa DAP sahaja boleh bekerjasama dengan PAS?" kata Iskandar merujuk kepada kerjasama yang pernah terjalin dalam Pakatan Rakyat.


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengundang kritikan apabila media melaporkan beliau berkata kerjasama Umno-PAS suatu pengisytiharaan perang terhadap masyarakat bukan Melayu.


Lim kemudian membuat pembetulan pada kenyataannya dengan menggantikan perkataan "mengisytiharkan perang" kepada "menyasarkan".


- FMT



Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget