NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Digesa Tegas Dalam Pendirian Mengharamkan Ganja

oleh: Dr. Suhazeli

Kita bimbang dengan gerakan yang cuba dibuat oleh ahli politik sekarang ini yang cuba menghalalkan penggunaan ganja dalam perubatan.[1] Walaupun atas alasan manfaat perubatan, tetapi ianya masih lagi menjadi satu kesangsian kita kerana akan berlaku penyalahgunaan ganja pada kemudian hari.[2] Maklumat yang kita perolehi, kumpulan yang bersungguh-sungguh sangat menghalalkan ganja itu dipelopori oleh pemain-pemain industri ganja antarabangsa. Penjualan ganja secara rekreasi yang akan menggunakan kelemahan penguatkuasaan kerajaan setelah menghalalkan  ganja perubatan nanti. Tidak mustahil jika menghalalkan ganja perubatan akan menjadi kemasukan terus menjual secara berleluasa ganja rekreasi. Ianya akan membuka ruang kepada mudarat yang lebih besar dalam masyarakat jika tidak dipantau dengan tegas.[3] Kita boleh lihat sendiri contoh penagihan morfin dan heroin tetap berlaku, walaupun kawalan dan kebenaran penggunaan dadah itu secara perubatan.

Kita menyeru Kementerian Kesihatan Malaysia terus utuh dengan keputusan yang dibuat selama ini. kita akan terus menyokong kenyatan terbaharu oleh Timb Menteri Kesihatan Malaysia Dr Lee Boon Chye agar mana-mana pihak yang merasakan ganja perubatan itu bermanfaat tampil ke depan untuk kemukakan kajian mereka. Agensi Regulatori Farmasi Kebangsaan (NPRA) sedia sahaja mendengar penghujahan yang dibuat oleh industri terbabit jika benar ganja itu memberikan manfaat kepada perubatan dan kesihatan negara..[4]  Penegasan yang sama telah juga Ketua Pengarah Kanan Bahagian Farmasi Malaysia Dr Ramli Zainal dan Polis Di Raja Malaysia.[5,6] 

Sebagaimana yang kita sedia maklum, setakat ini ganja adalah lebih mudarat dari manfaat.. Banyak laporan dan kajian para doktor seluruh dunia sudah pun dilakukan. Terdapat sedikit manfaat yagn sudah pun dicatat oleh para pengkaji. Justeru, Pihak berkuasa Makanan dan Dadah (FDA) hanya meluluskan penggunaan ganja perubatan (Cecair CBD) berjenama Epidiolex® untuk rawatan penyakit Sawan teruk kanak-kanak (Dravet syndrome dan Lennox-Gastaut syndrome). Manakala United Kingdom, Canada, beberapa negara Eropah meluluskan ubat berasaskan minyak CBD bernama nabiximols (Sativex®). kita menegaskan bahawa negara ini tidak perlu menanam ganja atas alasan ingin menjalankan kajian. Keputusan yang telah dibuat oleh badan berkuasa dunia (FDA) dari WHO itu sudah memadai. Perlu diingat bahawa kebenaran atau halalkan ganja bagi kegunaan perubatan berbeza halalkan untuk tujuan kajian perubatan. 

Kebimbangan kita berasas, kerana beberapa ahli politik yang menyuarakan hasrat menghalalkan ganja itu beralasan; penanaman ganja membolehkan pendapatan rakyat meningkat. Alasan ini bukan bertujuan untuk manfaat perubatan pun tetapi terdapat agenda lain yang boleh mengelirukan. Lihat kenyataan Senator Yb Datuk Husam Musa seperti kenyataan akhbar Utusan Malaysia 2 Oktober 2018 lalu.[6] Begitu juga kenyataan Yb Dr Azman Ismail (PH Kuala Kedah) dalam Harian Metro 15 November 2018 lalu. Yb Nurul Izzah Anwar juga beberapa kali dalam media sosial beliau mengutarakan isu yang sama. kita bimbang jika tekanan yang kuat dari ahli-ahli politik tersebut akan menenggelamkan fakta benar hasil kajian yang telah dan sedang dijalankan oleh ahli perubatan seluruh dunia.

suhazeli.com
fb.com/drsuhazeli
14.1.2019
Ketengah Jaya

Pautan
[1] Husam Sedia Bentang Teknologi Ganja. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/513325/husam-sedia-bentang-teknologi-ganja-kesihatan
[2] Medical Marijuana. https://www.drugabuse.gov/publications/drugfacts/marijuana-medicine
[3] Tangkapan penyeludup ganja. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/481158/ganja-rm630250-dirampas
[4] Kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. https://www.nst.com.my/news/nation/2018/12/444065/drug-company-must-come-own-research-if-they-wish-use-marijuana
[5] Kenyataan Rasmi Ketua Pengarah Farmasi Malaysia. https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/12/16/clearing-the-haze-of-medical-marijuana-there-is-no-legal-barrier-for-companies-to-market-marijuanaba/#VkcehVQ6iapPfWOe.99
[6] Ganja Mampu Tingkat Pendapatan. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ganja-kesihatan-banyak-kelebihan-mampu-tingkatkan-pendapatan-rakyat-1.758932
[7] Polis Tidak Setuju Halalkan Ganja. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pdrm-tidak-setuju-penggunaan-ganja-untuk-tujuan-perubatan-194695#.XChGib-VU44.whatsapp

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo