NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kayveas tarik diri PRK Cameron Highlands


Tanah Rata: Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Mengumumkan keputusan itu pada satu sidang media di Pusat Penamaan Calon di SMK Tanah Rata di sini hari ini, Kayveas berkata beliau sebaliknya akan memberi sokongan penuh kepada calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran.

"Saya ingin jelaskan, saya penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kekuatan dan kebijaksanaan Perdana Menteri yang akan membawa kita melalui kerosakan yang dilakukan kerajaan terdahulu.

"Oleh itu saya umumkan saya tidak akan meneruskan untuk bertanding dalam PRK ini.



http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kayveas-tarik-diri-prk-cameron-highlands-195778

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo