Kadar Tarif Air Dinaikkan, Satu Bebanan


Oleh: TUAN CHE ALIAS BIN HAMID
Ahli Parlimen Kemaman

1. Hari ini, rakyat akan berasa tidak berpuas hati jika berkaitan kenaikan barang mahupun perkhidmatan yang diumumkan oleh Kerajaan. Ini bukan diharapkan oleh rakyat apabila kenyataan Menteri Air,Tanah dan Sumber Asli (KATS) untuk menaikkan kadar tarif air di negara ini.

2. Akibat kenaikan kadar tarif air ini menambah lagi bebanan rakyat sedia ada dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Tidak mustahil juga harga minuman dan produk yang melibatkan air turut meningkat.

3. Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan sesuatu perkhidmatan sesuka hati tanpa mengambil kira maklum balas dan kebajikan rakyat. Apakah jaminan Kerajaan dengan kenaikan kadar tarif air tidak membebankan rakyat?

4. Persoalan berkaitan tarif air yang rendah dan tidak dinaikkan hampir 20 hingga 30 tahun oleh Kerajaan Negeri bukan satu isu yang perlu diambil keutamaan dalam memastikan industri air negara mampan.

5. Pihak Menteri Air,Tanah dan Sumber Asli (KATS) beserta agensi di bawahnya diminta untuk mengkaji semula secara holistik berkaitan kenaikan kadar tarif air secara berperingkat di negara ini. Adakah relevan kadar tarif air dinaikkan pada masa kini?

6. Saya menggesa Kerajaan untuk menangguhkan dahulu kenaikan kadar tarif air negara sehingga masa mengizinkan memandangkan ekonomi negara pada hari ini yang masih tidak stabil.Kita tidak mahu selepas tarif air dinaikkan, kenaikan tarif elektrik pula yang bakal diumumkan oleh Kerajaan hari ini. 


“ Islam Memimpin ”




Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget